Alam Canggih 15 Jan, 2021

Kes COVID-19 terus meningkat! Kelantan bertukar status dari PKPB kepada PKP mulai 16 Jan 2021

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

PENDUDUK Negeri Kelantan terpaksa akur dengan keputusan kerajaan menukarkan status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dinikmati mereka sejak tiga hari lalu kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini demi keselamatan dan kesihatan penduduk juga. : KitaReporters


Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat meneliti dokumen perjalanan seorang pemandu di SJR Bukit Yong, Pasir Puteh. - Kredit foto: IPK Kelantan


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Kelantan:

https://kitareporters.com/search?search=Kelantan


Kelantan menjadi negeri ketujuh yang akan melaksanakan PKP bermula 16 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021 nanti.

Keputusan meletakkan Kelantan dalam pelaksanaan PKP dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan peningkatan kes positif yang mendadak di negeri berkenaan.




Menurut rekod KKM sehingga 15 Januari 2021 secara kumulatif sebanyak 1,728 kes positif telah direkodkan di Negeri Kelantan. Sejak 10 Januari 2021, purata kes harian meningkat antara 80 hingga 100 kes sehari. Manakala kes aktif turut meningkat mendadak dalam tempoh 14 hari dari 328 kes kepada 891 kes.

Manakala keadaan terkini kes COVID-19 di negeri tersebut pada 15 Januari 2021 yang direkodkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menunjukkan ada sebanyak 79 kes baharu COVID-19 iaitu 68 kes tempatan dan 11 kes import B. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 1,728 kes.


Status ke COVID-19 di Kelantan pada 15 Januari 2021


Manakala KKM turut mengesahkan 90 peratus daerah di Kelantan kini dalam zon merah dan jingga

Masing-masing tujuh daerah zon merah, iaitu di Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Gua Musang, Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah.

Dua daerah zon kuning, masing-masing di Pasir Puteh dan Pasir Mas, manakala satu daerah zon jingga, Jeli.

Sebelum ini, MKN melaksanakan PKPB di Kelantan mulai 13 hingga 26 Januari 2021.


Status kes COVID-19 mengikut daerah di Kelantan pada 15 Januari 2021


Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur pada 15 Januari 2021 mengesahkan  bahawa negeri Kelantan akan dilaksanakan PKP.

“Oleh itu di atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia, keraajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Kelantan," jelasnya.  


Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat


Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat turun padang membuat lawatan dan pemantauan keadaan di Sekatan Jalanraya Bukit Yong Pasir Puteh, Kelantan bersempadan Terengganu pada 15 Januari 2021. 

Kehadiran Shafien itu bagi melihat sendiri pergerakan orang ramai yang menggunakan kenderaan yang keluar masuk ke  negeri berkenaan dalam tempoh pelaksanaan PKP 

Katanya, ketika tinjuan dilakukan di SJR tersebut mendapati keadaan lalu lintas dan kenderaan yang melalui kawasan sekatan jalan raya yang didirikan di pintu masuk Sempadan Negeri Kelantan mendapati jumlah kenderaan berkurangan pada sebelah pagi. 

Beliau berkata, Kelantan masih mengekalkan empat lokasi sekatan jalan raya di pintu masuk sempadan negeri  berkenaan bagi mengawal pergerakan keluar masuk kenderaan dan orang ramai ke negeri tersebut. - KitaReporters


Keadaan SJR Bukit Yong sempadan Kelantan/Terengganu

You will be interested

Tahniah IPD, OCPD Besut! Dua suspek pengedar berbahaya dadah langgar MPV polis berjaya ditahan

Ketua Polis Daerah Besut, Abdul Rozak beritahu dua pengedar dadah jenis methamphetamine diberkas selepas langgar dua kereta peronda polis untuk melarikan diri

Video| Selepas Awang Rasau, Black Panther Nogori pula ditangkap! Harimau kumbang ke-2 ditangkap

Perhilitan Negeri Sembilan berjaya tangkap seekor harimau kumbang di Kampung Ulu Nuri, Johol pada 3 Mac 2021. Pada 4 Mac, harimau itu dilepaskan ke habitat asal
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 13 hours ago

Harimau Awang Rasau kebal! 5 butir peluru dalam badan! Dirawat di pusat menyelamat Perhilitan

Awang Rasau, harimau yang diitangkap di Felda Kerteh 3 Dungun ditembak 5 butir peluru. Haiwan itu dirawat di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan Perhilitan
Adnan Mohamad in Alam Canggih 1 day ago

Video| Argentina dilanda tornado nyamuk? Pembiakan luar biasa nyamuk selepas dua minggu hujan

Argentina dilanda hujan lebat selama dua minggu sehingga sebabkan banyak takungan atau lopak air yang jadi punca pembiakan nyamuk dengan cepat dan berleluasan
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 1 day ago

Video| Fenomena hujan batu di Cheras ketika cuaca panas melanda! Ikuti penjelasan MetMalaysia

Hujan lebat bersama ketulan air batu landa beberapa kawasan di Cheras seperti Taman Leng Seng, Taman Tun Perak, Bandar Tun Hussein Onn dan Taman Cheras Utama
Abdul Hafiz Ahmad in Alam Canggih 1 day ago