Alam & Sains 27 Jun, 2021

Berita Terkini| Ibu bersalin dicadang terus divaksin sebelum pulang ke rumah! Mudahkan urusan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

RINA Harun berkata, hampir 110,000 wanita hamil telah mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi melalui MySejahtera dan setakat ini, seramai 11,000 individu telah mendapat janji temu. 


KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan supaya ibu yang bersalin di hospital diberikan suntikan vaksin Covid-19 sebelum pulang ke rumah.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, langkah itu bagi memudahkan mereka mendapatkan vaksin, namun perlu berdasarkan nasihat daripada pakar.

"Saya nak cadangkan agar ibu-ibu selepas bersalin dapat diberikan vaksin di hospital sekiranya bersesuaian, maknanya, tidak perlu balik ke rumah dan kena datang semula ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk dapatkan vaksin.

"Namun, semuanya bergantung kepada pakar sekiranya dirasakan sesuai berbuat demikian," katanya seperti dipetik oleh Bernama pada Ahad, 27 Jun 2021.

Buat masa ini Rina berkata, hampir 110,000 wanita hamil telah mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi melalui MySejahtera dan setakat ini, seramai 11,000 individu telah mendapat janji temu.

Pada masa sama, Rina berkata, pusat keluarga milik KPWKM juga dijadikan PPV dijangka turut boleh dimanfaatkan ibu mengandung untuk mendapatkan vaksin nanti.

"Kita sudah berbincang dengan kementerian berkaitan mengenai ibu mengandung sebab risiko mereka lebih tinggi daripada yang lain.

"Jadi di kementerian kita ada Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Seremban 2 yang dijadikan PPV di Seremban untuk tujuan terbabit," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


PUSAT keluarga milik KPWKM juga dijadikan PPV secara awam dijangka turut boleh dimanfaatkan ibu mengandung untuk mendapatkan vaksin.

 

 

0
0
0
0
0
You will be interested