Alam & Sains 20 Nov, 2020

Video| Bekas menteri makan ikan mentah! Tak dapat COVID-19!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

Try hard... Begitulah yang boleh kita katakan kepada seorang ahli politik veteren di Sri Lanka demi mahu memastikan mesejnya diterima oleh rakyat. Bekas menteri itu dilaporkan memakan ikan mentah di depan TV bagi membuktikan bahawa seseorang tak boleh dijangkiti virus COVID-19 kalau memakan ikan. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan Sri Lanka:

https://kitareporters.com/search?search=sri+lanka


Bekas Menteri Perikanan negara itu, Dilip Wedaarachchi, 63, mengemparkan media apabila tiba-tiba membuat aksi spontan memakan ikan mentah pada sidang media di Colombo pada 18 November 2020 bagi menggalakkan semula sektor tersebut yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

"Saya bawa ikan ini untuk tunjukkan kepada anda semua. Saya merayu kepada semua rakyat untuk makan ikan. Jangan bimbang. Anda tidak akan dijangkiti Covid-19.

"Saya akan makan ikan ini mentah-mentah untuk buktikan kepada anda," katanya pada sidang media berkenaan.




Tindakan itu diambil kerana beliau mengakui dan merasai bahawa industri perikanan di negara tersebut semakin terancam dan perlu diselamatkan segera.

Menurutnya seperti dilaporkan The Indian Express, ramai penduduk Sri Lanka sudah enggan memakan ikan kerana takut kepada ancaman COVID-19 sehingga menyebabkan bot-bot nelayan tidak dapat bergerak ke laut dan para nelayan tidak mampu meraih pendapatan seperti biasa.

"Mereka dibebani hutang kerana tidak dapat menjual hasil laut," jelas beliau yang merupakan bekas Menteri di Kementerian Perikanan Sri Lanka.

Menurut laporan media negara berkenaan, pada bulan lepas, pusat pasar ikan terbesar negara berkenaan terpaksa ditutup akibat daripada sebuah kluster nelayan yang menyebabkan penularan COVID-19 dengan begitu pantas di kawasan sekitar. 

Rentetan daripada itu, ribuan kes positif COVID-19 telah dikesan yang berpunca dari pasar ikan berkenaan, yang akhirnya menyebabkan terdapat puluhan ribu tan ikan tidak mampu dijual akibat pasar ditutup dan orang ramai takut untuk membeli ikan. - KitaReporters


0
1
0
0
0
You will be interested