Alam & Sains 25 Apr, 2021

Berita Terkini| Jangan bimbang! Kerajaan ada cara untuk tangani kluster pendidikan - Rina Harun

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

RINA Harun menasihati ibu bapa supaya tidak melahirkan rasa bimbang dengan keselamatan anak berhubung risiko jangkitan Covid-19. - Kredit foto: Freemalaysiatoday.


KERAJAAN mempunyai cara tersendiri dalam menangani kluster pendidikan di beberapa negeri yang semakin membimbangkan ibu bapa ketika ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Mohd Harun berkata, pihak terbabit seperti Kementerian Pendidikan (KPM) pasti akan mengambil prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi memastikan penularan Covid-19 tidak merebak sepenuhnya secara meluas di sekolah.

“Saya amat memahami perasaan ibu bapa yang pastinya bimbang akan keselamatan anak-anak yang terdedah dengan risiko jangkitan. Kita lihat ada penularan Covid-19 di beberapa sekolah dan saya yakin kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan akan mengambil SOP lebih ketat untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa. 

“Kita memandang serius hal ini kerana kanak-kanak adalah golongan berisiko untuk terdedah dengan jangkitan,” katanya di Alor Gajah, Melaka pada Ahad 25 April 2021.

Sarawak, Kelantan, Johor dan Selangor kini telah menutup sekolah di beberapa daerah ekoran penularan kluster pendidikan di sekolah khasnya di kawasan zon merah. 

Mengulas lanjut, Rina sekali lagi menggesa agar vaksin untuk kanak-kanak dipercepatkan selain kepada ibu bapa dan guru dalam memastikan penularan tidak merebak serta terus membimbangkan pihak berkenaan. 

“Umum mengetahui vaksin ketika ini untuk mereka berumur 18 tahun ke atas. Jadi, saya menggesa dan berharap vaksin untuk kanak-kanak juga dipercepatkan (selepas kajian). Saya akan berhubung dengan Kementerian Pendidikan supaya memberi perhatian khusus kepada kluster pendidikan,” katanya. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

BEBERAPA negeri seperti Kelantan, Sarawak dan Johor telah menutup beberapa persekolahan berikutan penularan kluster pendidikan. - Kredit foto: SInar Harian

1
0
0
0
2
You will be interested