SIAPA sangka Taiwan sebuah negara pulau yang berkeluasan 35.801 kilometer persegi dengan jumlah penduduk kira-kira 24 juta orang berjaya mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) dengan kes pertama pesakit jangkitan Covid-19 direkodkan pada 21 Januari 2020 dan kematian pertama pada 16 Februari 2020. Setakat 7 Mei 2020, Taiwan mencatat hanya 440 kes positif Covid-19 dengan 6 kematian. : KitaReporters
Ramai pihak meramalkan Taiwan akan menjadi seperti negara “Tembok Besar China” (China) kerana kedudukannya yang berdekatan tanah besar China; hanya dipisahkan dengan selat Taiwan atau Formosa dengan jarak sejauh 180 kilometer.
Kejayaan ini bukanlah secara kebetulan, tetapi gandingan usaha oleh golongan profesional perubatan, kerajaan, sektor swasta dan masyarakat (penduduk) secara kolektif demi kebaikan dan keselamatan negara.
Sebelum ini, Taiwan pernah diserang teruk wabak penyakit SARS (Severe acute respiratory syndrome) bermula 14 Mac hingga 30 Julai 2003 dengan mencatatkan 668 jangkitan kes dan 181 kematian.
Menteri Kesihatan dan kebajikan Chen Shih-Chung diapit oleh Ketua Pengarah Pusat Kawalan Penyakit, Jeneral Chou Jih-Haw (kiri) dan Naib Presiden National Taiwan University Chang Shan-Chen ketika beliau mengadakan sidang berita mengenai kematian pertama kes Covid-19 di Pusat Kawalan Wabak, Taipei, Taiwan. - Kredit foto: Chien Jung-Fong, Taipei Time
Ekoran daripada wabak tersebut, Taiwan telah mewujudkan National Health Command Center (NHCC) atau Pusat Arahan Kesihatan Negara bagi menangani wabak penyakit berjangkit.
Bersandarkan dengan pengalaman wabak SARS, pulau cantik dikenali juga sebagai “Formosa” oleh orang-orang Portugis telah pun bersiap siaga berdepan dengan wabak Covid-19.
Pada tanggal 20 Januari 2020, CDC (Centre of disease control) atau Pusat Kawalan penyakit Taiwan telah mengaktifkan “Pusat Arahan Wabak” ekoran tersebarnya berita Covid-19 menular dengan begitu cepat di China.
Sejajar dengan polisi dan arahan kerajaan, maka setiap kementerian dan kerajaan tempatan disarankan menyelaras segala maklum balas dan maklumat di seluruh Taiwan, termasuk memperuntukkan dana, menggerakkan kakitangan dan menasihati pembasmian kuman ke sekolah-sekolah.
Mereka tidak memerlukan pelaksanaan “lockdown” atau “Perintah Berkurung” atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi sebaliknya kerajaan Taiwan mengambil langkah-langkah awal pencegahan dengan pelaksanaan beberapa program komprehensif yang telah ditetapkan.
Selepas hampir tiga bulan berjuang menentang krisis Covid-19, Taiwan telah melaporkan 440 kes positif dan menyaksikan 6 kematian , sebagaimana yang dilaporkan oleh Universiti Johns Hopkins.
Kerajaan turut menyediakan senarai 124 item untuk pelan tindakan, sekali gus merangka strategi membasmi koronavirus.
Antara strategi-strategi dilakukan:
Kawalan ketat di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei sebagai langkah awal mengekang penularan wabak Covid-19.
Pihak tentera menyertai dalam operasi ”nyahkuman” yang dianjurkan oleh bandar raya Taipei untuk menghalang penyebaran koronavirus di daerah Xindian pada 14 Mac 2020. - Kredit foto: Sam Yeh/AFP melalui Getty Image
Apa yang lebih penting ialah penciptaan data raya (big data) yang diaktifkan oleh kerajaan bagi tujuan analisis data setiap rakyatnya yang terkena jangkitan virus ”Wuhan” itu.
Sistem pangkalan data yang efisien dan berfungsi dalam masa nyata (real time) banyak membantu terutama semasa lawatan klinikal berdasarkan sejarah perjalanan, gejala klinikal dan pengenalpastian kes.
Mereka menggunakan teknologi baru, seperti pengimbasan Kod QR di samping pelaporan secara dalam talian mengenai sejarah perjalanan dan gejala kesihatan untuk mengelaskan risiko berjangkit pelancong-pelancong (dalam dan luar) berdasarkan asal penerbangan dan sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari yang lalu.
Kebanyakan kes jangkitan positif Covid-19 rakyatnya adalah pesakit import yang mempunyai sejarah perjalanan daripada China, Itali, Bali (Indonesia) dan negara-negara lain. - Kitareporters.com
Sumber: https://time.com/collection/finding-hope-coronavirus-pandemic/5820596/taiwan-coronavirus-lessons/
https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1201971204001766
https://www.hindustantimes.com/world-news/coronavirus-taiwan-s-covid-19-strategy-sets-an-example-as-total-cases-remain-under-400/story-Ij2IMMhG4aqzXdERg3RAaO.html
https://www.nbcnews.com/health/health-news/what-taiwan-can-teach-world-fighting-coronavirus-n1153826
https://www.aa.com.tr/en/asia-pacific/covid-19-no-new-case-in-taiwan-as-strategy-bears-fruit/1804256
https://news.abs-cbn.com/overseas/04/01/20/taiwan-to-spend-35-billion-fighting-coronavirus-to-donate-10-million-masks