MEMILIKI anak yang sedang membesar pasti memenatkan ibu bapa, setiap saat memerlukan pemantauan, lebih merumitkan jika berada di luar rumah. Pantang leka sesaat ada sahaja aktivitinya yang dilakukan. Baru-baru ini tular dalam media sosial sepasang suami isteri terpaksa membayar ganti rugi kos pembaikan binaan istana kaca terbesar di dunia yang dipamerkan di Muzium Kaca Shanghai, Taman Disney China (Disney Park China). : KitaReporters
BINAAN Istana kaca yang terbesar di dunia yang ditempatkan di Muzium Kaca Shanghai musnah selepas dilanggar kanak-kanak yang mengunjungi pameran berkenaan. - Kredit foto: CGTN.com
Kisah malang itu yang dilaporkan oleh news.cgtn.com berlaku hujung
Mei lalu apabila dua orang anak kepada pasangan suami isteri berkenaan bergurau sesama sendiri sebelum terlanggar seutas
tali yang digantung mengelilingi binaan istana kaca tersebut ketika mengunjungi
pameran berkenaan.
Keadaan tersebut menyebabkan binaan istana kaca The
Fantasy Castle seberat 60 kilogram itu yang dibina berasaskan Istana Cinderella
dari Disney World itu hancur berkecai.
PENGUNJUNG mengambil peluang merakamkan kenangan binaan istana kaca yang dipamerkan di Muzium Kaca Shanghai, baru-baru ini. - Kredit Foto: Shine.
Alamak!!!
Lebih menyedihkan tindakan gopoh kanak-kanak berkenaan menyebabkan istana kaca yang diperbuat daripada emas 24 karat itu
jatuh, sekali gus memusnahkan menara utama serta merosakkan struktur binaan
yang lain.
Binaan istana kaca itu merupakan hasil tangan pembuat
kaca tersohor di Sepanyol, Miguel Arribas dan dianggarkan bernilai 450,000 yuan
(RM274,109,53).
Mak oiii mahalnya...
BERKECAI menara utama istana kaca musnah angkara kanak-kanak yang terlanggar tali yang diikat di sekeliling binaan berkenaan.
Lebih mengejutkan kerja-kerja binaan tersebut memakan
masa selama 500 jam dengan menggunakan 500,000 gelung kaca.
Kemain lama nak disiapkan tapi sekelip mata je dah berkecai…
PENGUNJUNG merakamkan kenangan di binaan istana kaca ketika mengunjungi Muzium Kaca Shanghai Disney Park China, baru-baru ini.
Apa lagi nak dikata…
Sementara itu, pengurusan muzium berkata, pihaknya telah
menghubungi pembuat kaca berkenaan untuk membaik pulih binaan istana kaca
tersebut.
EKSKLUSIF istana kaca yang dibina oleh Manuel Arribas, pembuat kaca terkenal Sepanyol yang memakan selama 500 jam untuk dihasilkan dengan menggunakan kira-kira 500,000 gelung kaca.
Namun sayangnya, Manuel Arribas yang juga merupakan pengasas
bersama Arribas Brothers, rangkaian Kedai Kaca dan Kristal di Disney Parks tidak
dapat membaik pulih binaan berkenaan buat masa ini berikutan sekatan kerajaan
yang menghalang penduduk luar mengunjungi China buat masa ini.
KOLEKSI mewah yang dipamerkan di Muzium Kaca Shanghai yang dibuka kepada pengunjung.
Kan dah jadi ‘panjang’ cerita gara-gara si kecil, ibu
bapa pula terpaksa berkorban keluarkan kos untuk membayar ganti rugi.
Ini semua pengajaran semua ibu bapa agar tidak leka membiarkan
anak-anak mereka ketika berada di kawasan awam. - Kitareporters