MEMILIKI kereta idaman adalah impian semua manusia, pastinya bangga apabila yang diidam berada dalam genggaman sendiri. Lebih membanggakan apa yang diidamkan adalah hasil titik peluh sendiri. Apa kata kalau kereta idaman anda ialah kenderaan Batman?? : KitaReporters
Lagi cerita-cerita dari Vietnam:
https://kitareporters.com/search?search=vietnam
Terbaru seorang mahasiswa dari sebuah universiti di Vietnam, yang mengimpikan memandu sendiri kenderaan Batman yang dipamerkan dalam filem kegemarannya, Dark Knight, nekad ‘mencipta’ sendiri kereta idamannya itu.
Keinginan yang membuak-buak itu membuatkan dia yang dibantu oleh enam rakan sekuliahnya sanggup menghabiskan sejumlah wang 500,000 Dong (RM89,600) untuk merealisasikan impian tersebut.
Malah dia sanggup memperuntukan masa selama 10 bulan bekerja keras semata-mata menyiapkan kenderaan idamannya.
Kalau dah mahu semuanya jadi!
Memetik portal odditycentral.com, Nguyen Dac Chung, mahasiswa dalam jurusan arkitek, universiti tempatan negara itu mula menanam impian memiliki kereta idaman itu ketika berada pada tahun pertama pengajian lagi dan kini menyiapkan 90 peratus kenderaan idamannya itu, sekali gus menarik perhatian penduduk di Hanoi.
BUATAN sendiri... Nguyen Dac Chung merakamkan kenangan di samping kereta idaman yang diinspirasikan daripada filem Dark Knight. - Kredit foto: odditycentral.com
Kereta Batman buatan sendiri yang dikuasakan oleh engin 400cc itu dan mampu mencapai kelajuan sehingga 100 kilometer sejam itu. Malah bahagian dalam pula, kereta Batman itu memiliki ruang selesa untuk dua penumpang menyamai kereta yang digunakan dalam filem kegemarannya.
Dac Chung berkata, dia kini masih melakukan
kerja-kerja penambahan lagi terutama untuk pencahayaan bagi bahagian dalam kereta idamannya.
KEBANYAKAN komponen yang digunakan dalam merealisasikan kereta impian Dac Chung terdiri daripada barangan tempatan.
Remaja 23 tahun itu berkata, kebanyakan barangan yang
digunakan dalam realisasikan kereta impiannya terdiri daripada barangan
tempatan, namun beberapa komponen yang memerlukan dia mengimport
dari luar negara antaranya dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) seperti tayar.
Semoga impian untuk memandu kereta idaman dan gah di jalan raya tercapai.
Benarlah kata pepatah mahu seribu daya tak mahu seribu dalih; di mana ada kemahuan di situ ada jalan. - Kitareporters