Alam & Sains 05 Apr, 2020

EEEEE!! "NAGIN" NI MENGAWAN KE BERLAWAN??

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this
VIDEO pendek dua ekor ular yang sedang "menari-nari" di sebuah padang golf 18 lubang di India menjadi bahan viral dalam media sosial baru-baru ini, yang kemudian menjadi topik hangat perbincangan dalam kalangan netizen, sama ada haiwan itu sedang bergaduh atau mengawan. : KitaReporters.com



Video yang dirakamkan oleh seorang pemain golf, Vasudha Varma itu menunjukkan dua ekor ular yang saiznya boleh tahan panjang sedang berliuk-lintup, `menari` bak irama dan lagu Hindustan, persis pasangan penari yang sedang beraksi dalam adegan percintaan.

Rakaman selama 36 saat itu  tersebar ke seluruh dunia dengan satu topik: "Adakah ular itu mahu mengawan atau `bergusti` iaitu saling cuba membelit untuk menumbangkan lawannya?"

Sebelum ini, ada beberapa padang golf dunia yang ada kolam menjadi tempat buaya buat sarang, maka ada yang kena berhati-hati terutama ketika mengutip bola golf terpakai di kolam itu.

Rakaman video itu yang kemudian disiarkan dalam The Indian Express, menggambarkan haiwan itu bagaikan pelakon dalam filem Nagin, antara filem dan drama bersiri, yang disiarkan ke seluruh dunia termasuk Malaysia, mengenai dendam isteri ular yang mahu menghapuskan pembunuhnya suaminya.

Vasudha Varma menulis dalam Twitternya, "di satu sudut yang tersorok, padang golf seumpama menjadi lantai tarian, ular-ular itu berlingkar dan berpusing, melilit satu sama lain. Keindahan alam yang menakjubkan."

Ular memang menjadi salah satu haiwan yang dipuja oleh masyarakat India. Mereka memberikan binatang itu minum susu dan sarang ular tidak akan sesekali diusik kerana ia mendapatkan musibah yang buruk. 

Itulah yang diungkit sebagai isu bila filem Nagin (ular) dihasilkan dengan inti patinya kisah dendam seorang` ular betina yang pasangannya dibunuh oleh sang pemburu ketika mereka sedang berasmara.

Ular itu kemudian menjelma ke alam manusia sebagai seorang wanita

Bermula dari filem tahun 70-an yang dilakonkan oleh aktres terkemuka Bollywood, kemudian filem itu dibuat remake pada tahun 80-an dan 90-an, dan seterusnya menjadi drama bersiri berpuluh-puluh episod dengan adegan yang ditokoh tambah dan konflik yang menjadi satu tarikan peminat semua bangsa.

Kerana teruja melihat aksi dua ekor ular yang menjadikan rumput padang golf yang lembut itu seumpama taman untuk mereka bercanda dengan alunan gemalai belitannya, ada beberapa pengunaan Twitter itu memberi komen itu salah satu cara ular menarik minat pasangannya sebelum adegan mengawan.

Kemudian seorang lagi pengguna Twitter, Manish Hariprasad berkata pemandangan itu bukan tarian untuk mengawan tetapi pertelingkahan dua ular jantan yang cuba merebahkan satu sama lain.

Saurabah Ban pula memberitahu dia pernah tengok program Nat Geo, bila dua ekor cobra bertembung dan merebut wilayah, beginilah caranya. 

Mula akan bertarung untuk merebahkan lawan yang lemah ke tanah dan yang menang akan dapat menguasai kawasan serta hidup kemudian diteruskan.

"Tak sangka pula dapat lihat di padang golt," katanya. 

Disambut komen oleh Chittra M "Oh!...pemandangan yang hebat." 

Akhirnya seorang lagi, KarthiKeyan K menjawab, "Jangan ganggu - perikemanusiaan."

Dan lain kali jika anda ke padang berhati-hati di sudut tertentu terutama kawasan lembap dan sejuk takut bertembung dengan haiwan yang sedang berebut wilayah itu sampai mencederakan anda kerana cuba menjadi `penceroboh` yang ketiga. - KiraReporters

2
2
0
0
1
You will be interested