Alam & Sains 06 Aug, 2020

Beirut musnah! Kenali ammonium nitrat punca utama letupan!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

SELURUH isi dunia turut terkejut dan simpati dengan nasib rakyat Lubnan (Lebanon) khususnya penduduk di Beirut yang terkesan dengan letupan dahsyat di sebuah gudang berdekatan pelabuhan di bandar raya tersebut. Lebih menyayat hati, ia meragut ratsan nyawa dan mencederakan ribuan yang lain. Pelbagai klip video menunjukkan rakaman kejadian tersebar dalam media sosial. : KitaReporters

Berlaku kebakaran sebelum terjadinya letupan besar.



Lagi cerita dari Lubnan:

https://kitareporters.com/search?search=lebanon


Dapat dilihat daripada klip-klip video tersebut betapa kuatnya impak letupan tersebut sehingga menjangkau beberapa kilometer daripada tempat kejadian. 

Setakat ini, punca utama letupan dikenal pasti adalah berpunca daripada 2,700 tan ammonium nitrat yang disimpan berdekatan dengan pelabuhan bandar tersebut.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah itu ammonium nitrat. Justeru, menerusi laman Instagram, Public Health Malaysia (PHM) berkongsi informasi mengenai baja tersebut.

Ammonium nitrat atau formulanya NH₄NO₃ dihasilkan dalam bentuk butir adalah baja paling banyak digunakan dunia. Ia juga bahan utama dalam proses letupan untuk menggali mineral yang mana bahan ini dicampur dengan minyak dan dihidupkan dengan cas letupan.

“Untuk industri ammonium nitrat menjadi satu letupan yang bahaya, ia perlu melalui proses yang panjang dan banyak masalah perlu berlaku. Inilah yang  berlaku di Beirut,” tulis PHM.



Pasti anda pelikkan bagaimana baja boleh menghasilkan letupan sedahsyat itu? Punca letupan tersebut disebabkan suhu tinggi sehingga menghasilkan gas yang menyebabkan berlakunya letupan.

"Ammonium nitrat tidak akan terbakar dengan sendiri. Malah, ia adalah sumber oksigen yang akan mempercepatkan proses pembakaran bahan lain. Sebab itu, ia sangat berfungsi di dalam perlombongan di mana kawasan yang kurang oksigen. Dengan adanya ammonium nitrat akan menghasilkan oksigen untuk proses pembakaran minyak dan bahan bakar lain.

“Namun pada suhu yang sangat tinggi, ammonium nitrat akan terurai dan menjadi nitrogen oksida dan wap air. Gas inilah yang akan menyebabkan letupan.

“Jadi kalau ada api marak berdekatan dengan bahan ini, ia boleh menyebabkan letupan seperti yang juga berlaku di Tianjin, China pada tahun 2015 yang telah mengorbankan 175 orang di sebuah kilang ammonium nitrat.

“Walaupun kita tidak tahu punca sebenar di Beirut, tetapi kita dapat lihat melalui video, letupan itu berlaku setelah beberapa ketika kebakaran berlaku.

“Memang sukar sebenarnya ammonium nitrat meletup disebabkan kebakaran. Kebakaran perlu berlaku dan kekal lama di tempat ammonium nitrat disimpan. Malah ia tidak akan meletup dengan sendiri tanpa minyak melainkan telah ada pencemaran silang akibat daripada penyimpanan stok yang tidak betul,” jelas PHM.

Ammonium nitrat adalah baja yang banyak digunakan untuk menyuburkan tanaman.


Kejadian ini juga menyebabkan pelbagai andaian dan ada yang mengaitkan dengan masalah politik Lubnan

Sekiranya kejadian ini adalah disebabkan sabotaj daripada pihak tertentu, ia merupakan tindakan tidak berperikemanusiaan dan patut dihukum! - KitaReporters

Kredit foto: FB @idealblasting

3
0
0
0
1
You will be interested