Alam Canggih 16 Aug, 2020

RM2.5j bagi kasut sukan usang! Pernah dipakai Michael Jordan

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
MICHAEL JEFFERY JORDAN, 57, lebih dikenali sebagai Michael Jordan adalah salah seorang bintang sukan legenda dunia, khususnya dalam sukan bola keranjang. Lelaki berketinggian 198 cm ini mencipta nama ketika mewakili kelab Chicago Bulls hingga bersara pada 1998, mempunyai ramai peminat fanatik. Dia kemudian menceburi bidang peniagaan dan berjaya. : KItaReporters 
Jordan salah satu bintang legenda sukan dunia. - Kredit foto: NBA. com


Lagi cerita-cerita berkaitan bola keranjang:

https://kitareporters.com/search?search=bola+keranjang


Meskipun sudah lebih 20 tahun bersara daripada sukan bola keranjang, Michael Jordan tetap mendapat tempat di hati para peminatnya. Sejumlah barangan yang pernah digunanya mempunyai nilai tinggi apabila dijual secara lelong.


Sneakers yang dipakai Jordan dilelong pada harga AS$615,000. - Kredit foto: IG christiesinc


Salah satu ialah sneakers Air Jordan yang dilelong oleh rumah lelong Christie's. Michael Jordan pernah memakai sneakers berwarna merah putih ini dalam sebuah pertandingan persahabatan di Itali pada 1985.

Menurut media DW, bekas bintang Chicago Bulls itu memasukkan bola ke keranjang begitu kuat sampai papan gelung keranjang yang dibuat daripada kaca pecah. Pecahan kacanya melekat pada tapak kasutnya.

Kehebatan Jordan dalam sukan bola keranjang sukar digugat. - Kredit foto: Daily Mail.com


"Ini kasut asli dengan pecahan kaca yang ada di tapaknya," kata Caitlin Donovan yang mengetuai bahagian penjualan sneakers dan beg Christie's. Dengan kasut berukuran 13.5 itu, Michael Jordan berjaya memperoleh 30 mata.

Namun kini sneakers yang telah usang itu berjaya terjual pada harga yang cukup hebat iaitu AS$615,000 atau kira-kira RM2.5 juta.

Kehebatan Jordan menjadikannya bintang kesayangan kelab Chicago Bulls. - Kredit foto: NBA.com


Harga itu mengatasi rekod nilai sneakers Air Jordan yang dilelong rumah lelong Sotheby's pada Mei 2020 lalu, yang terjual pada harga AS$560,000 atau kira-kira RM2.3 juta sahaja.

Menurut CNN, uniknya sneakers Michael Jordan ialah ukuran kakinya berbeza. Bagi kaki kiri berukuran 13 sementara sebelah kanan berukuran 13.5. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested

Berita baik untuk usahawan! Alibaba lancar edisi baharu Program Latihan Netpreneur di Malaysia!

Alibaba Global Initiatives (AGI) lancar edisi baharu program Latihan Netpreneur Alibaba di Malaysia dengan sokongan MDEC dan MATRADE pada 12 Julai-16 Ogos 2022

Editor 1 in Alam Canggih 2 weeks ago

Video| Misteri alam! Betulkah duyung muncul di pantai Latuhalat, Ambon? Atau hanya hantu laut?

Pengunjung-pengunjung pantai Latuhalat, Ambon gempar lihat kelibat atau penampakan susuk tubuh persis seekor ikan duyung berenang-renang menghampiri gigi pantai
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 2 days ago

Tukun bukan sebarang tukun! Pulihara, biak ikan! Halang pukat tunda! Tingkat sosioekonomi nelayan!

Kajian yang telah dijalankan dapati lokasi tukun yang dilabuhkan di beberapa kawasan perairan Terengganu menunjukkan impak positif kepada sosioekonomi nelayan
Mohammad Ishak in Alam Canggih 5 days ago

Video| Ular sawa 110kg keletihan! Kenyang selepas telan seekor kambing! Ditangkap anggota bomba!

Seekor ular sawa seberat 110kg berada dalam keletihan selepas dipercayai kekenyangan setelah telan seekor kambing di Kampung Durian Mentangau, Paka di Dungun
Adnan Mohamad in Alam Canggih 1 week ago

Video| 25 Jun: Hari Pelaut Sedunia 2022! Kerjaya sebagai pelaut dianggap sepi dan tidak dihargai?

Setiap tahun tanggal 25 Jun, golongan pelaut atau seafarer diraikan dengan sambutan Hari Pelaut Sedunia. IMO tetapkan pada 25 Jun 2011 sebagai sambutan pertama
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 1 week ago