Alam & Sains 07 Jun, 2020

Abai PUBG, Mobile Legends! Moh main Can You Save the World?!

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this

PUBG?? Mobile Legends?? Tinggalkanlah seketika, tidak bermanfaat pun! Moh kita cuba permainan komputer COVID-19 yang menguji kepintaran dan didikan mengenai penjarakan sosial dengan lebih tepat dan teratur. Tak rugi tau!! Menyeronokkan serta melekakan!! : KitaReporters

Permainan komputer maya PUBG yang diminati seluruh masyarakat dewasa di dunia


Permainan maya Mobile Legends yang disifatkan masyarakat yang penuh aksi dan kuasa tersembunyi


Siapa sangka daripada kehidupan realiti terus diadaptasikan menjadi sebuah permainan pengembaraan berbentuk aksi dan pembelajaran.

Lagi mencabar weh!!

Di London seorang profesor universiti melancarkan permainan komputer 'Can You Save the World?' untuk membantu kanak-kanak dan orang dewasa memahami dengan lebih tepat bagaimana penjarakan sosial dapat menyelamatkan nyawa ketika penularan wabak COVID-19 melanda dunia ketika ini.

Walaupun ia berbentuk sebuah permainan maya, sedikit sebanyak mampu memperluaskan pengetahuan masyarakat dengan kaedah keselamatan dengan lebih jitu.


Richard Wiseman memberitahu idea yang dianggap sebagai permainan komputer Covid-19 pertama di dunia itu tercetus setelah dia bersiar-siar semasa pelaksanaan perintah berkurung di Britain dan mendapati keadaan itu terasa seperti sebuah permainan komputer apabila dia perlu menjaga penjarakan sosial dari pejalan kaki ke penunggang basikal yang berada di sekitarnya.

Dia yang juga merupakan profesor psikologi di University of Hertfordshire menjelaskan kajian yang menunjukkan bahawa permainan yang mendorong kepada tingkah laku sosial yang positif, sekali gus dapat mempengaruhi tindakan manusia di dunia nyata dan sebenar.

"Terdapat banyak penyelidikan yang menunjukkan bahawa jika anda membuat individu khususnya kanak-kanak, berkelakuan dengan cara tertentu dalam permainan video, ia benar-benar akan berpindah ke kehidupan nyata," katanya.

Permainan maya COVID-19 yang pertama di dunia yang memberikan didikan mengenai penjarakan sosial yang lebih mencabar


Difahamkan permainan komputer yang dicipta dengan kerjasama pereka grafik, Martin Jacob itu digunakan ribuan orang pemain dari golongan kanak-kanak dan orang dewasa sejak dilancarkan.

Wah!! Ini baru permainan yang betul-betul mencabar minda.

Jika berani mari kita sahut cabaran siapa yang lebih berkepedulikan kendiri dalam soal keselamatan dan penjarakkan sosial yang lebih peka.

Anda berani!? Mari kita cuba permainan, 'Can you save the World?'!! - KitaReporters


4
1
0
0
0
You will be interested