KEMUNGKINAN anda kurang mempercayai apabila dikatakan seekor kucing yang merupakan haiwan kecil tetapi ia berani bertindak menghalau seekor gajah yang sedang merosakkan tanaman yang ditanam oleh pemilik kucing itu. Namun kejadian yang agak aneh itu berlaku di sebuah kampung di Nakhon Nayok, Thailand. : KitaReporters
KUCING (bulatan merah) dipanggil Simba begitu agresif berhadapan dengan seekor gajah yang menceroboh halaman rumah petani di Nakhon Nayok, Thailand. - Kredit Foto: Daily Mail
Lagi kisah-kisah berkaitan kucing:
https://kitareporters.com/search?search=kucing
Kejadian yang berlaku pada 17 November 2020 itu membabitkan seekor kucing yang dipanggil Simba. Kucing itu yang dipelihara oleh seorang petani di kawasan itu bertindak agresif dengan menggunakan suara mengiau yang kuat ketika menyerang gajah terbabit.
Apabila terdengar suara kucing yang kuat itu menyebabkan haiwan yang begitu besar itu yang sedang memakan tanaman di halaman rumah petani itu terkejut lalu lari ke dalam hutan.
Menurut penduduk kampung terbabit, Simba bertindak demikian selaku pengawal rumah petani berkenaan kerana memarahi gajah liar merosakan tanaman pada waktu malam kejadian itu.
GAJAH liar yang merosakkan tanaman di luar halaman rumah petani di Nakhon Nayok, Thailand - Kredit Foto : Daily Mail
Mereka berkata sebelum itu gajah liar tersebut dianggarkan berusia 35 tahun sering kelihatan merayau pada waktu malam di sekitar kampung itu mencari makanan.
``Kami tidak menyangka Simba seberat tiga kilogram berani bertindak menghalau seorang gajah yang begitu besar beratnya beberapa tan metrik dan mampu membunuh manusia.
``Sedangkan kami melihat haiwan itu dari jauh pun sudah ketakutan tetapi Simba hanya dengan suara ngiau yang kuat boleh menyebabkan haiwan itu terkejut dan takut lalu terus lari ke dalam hutan,'' kata mereka yang sempat merakam beberapa keping gambar semasa kejadian tersebut.
Kredit Foto: Daily Mail
Petani terbabit berkata, kucing itu adalah pemeliharaannya sejak tiga tahun lalu telah diasuh supaya menghalau haiwan-haiwan lain seperti ayam yang sering datang ke halaman rumahnya.
Beliau sendiri pun tidak menyangka bahawa Simba bertindak begitu berani menghalau seekor gajah yang besar akibat menceroboh di kawasan halaman rumahnya.
Sementara itu, dianggarkan 2,000 ekor gajah liar yang berada di hutan Thailand dan haiwan yang menjadi jata negara itu dilindungi oleh kerajaan di negara tanah subur itu. Mereka yang membunuh binatang itu boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun serta denda RM1,000 baht (RM135.57). - KitaReporters