Semuanya adalah kuasa Tuhan. Wanita berusia 70 tahun yang sudah di luar masa subur dan hampir pasti sudah tidak boleh mengandung lagi melahirkan anak.
Jivuben Rabari dari daerah Kutch, negeri Gujarat, India diberi Tuhan zuriat dengan melahirkan bayi lelaki diberi nama Lalo melalui kaedah pembedahan Caesar pada bulan September 2021 lalu.
Kesyukuran itu turut dikongsi oleh suaminya, Valjibhai Rabari, 75, kerana mereka menanti cahaya mata selama 45 tahun. Sebelum ini pasangan ini mencuba pelbagai cara untuk memiliki anak.
/
Setelah hampir kecewa dengan takdir, sekumpulan doktor diketuai Dr Naresh Bhanushali memberi harapan baru. Kumpulan doktor itu melakukan kaedah In-Vitro Fertilisation (IVF) atau pensenyawaan IVF.
"Pada mulanya kami menjadikan kitaran haidnya teratur dengan memberikan ubat oral. Kemudian melebarkan rahimnya yang menyusut kerana usia.
Seterusnya mereka melakukan pemerhatian berterusan. Mereka kemudiannya mengesan degupan jantung serta melihat tiada sebarang kecacatan pada janin bagi meneruskan kehamilan.
Ia juga merupakan satu kejayaan besar bagi kumpulan doktor ini kerana kali pertama berjaya melakukan kaedah IVF kepada wanita berusia selanjut 70 tahun. - KitaReporters