Alam & Sains 01 Oct, 2022

Unik dan bukan biasa-biasa! Pensyarah ubah suai Hot Wheels! Porche KISAS sebagai hadiah persaraan!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


KERETA mainan Hot Wheels sangat diminati kanak-kanak

Malahan orang dewasa juga dilihat sangat menyukai sehingga berhabis ratusan ringgit membeli kereta Hot Wheels sebagai koleksi yang sangat unik dan ada juga yang akan mengubah suai mengikut minat masing dan menjadi model-model kereta yang 'rare'.

Tular sebuah foto memaparkan gambar 'Porche KISAS' dalam Twitter sehingga menjadi bualan ramai kerana kelihatan sangat unik dan lain dari yang lain design (reka bentuk) kereta tersebut sehingga menjadi bualan ramai orang yang ingin membelinya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan barangan permainan


Dalam twitter tersebut, model kereta Hot Wheel tersebut memaparkan hadapan dan belakang kereta yang telah diubah suai dengan ditambah logo Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

Kereta Porche 934 Turbo menjadi pilihan sebagai kereta yang diubah suai oleh seorang pensyarah di KISAS yang diubah suai sebagai hadiah kepada rakan sekerjanya yang bakal bersara pada minggu ini.



Disebabkan pengubahsuaiaan yang dilakukan pensyarah ini, ramai netizen yang berminat untuk memiliki model Hot Wheels Porche KISAS, lagi-lagi alumni sekolah berasrama penuh yang terletak di Klang, Selangor itu.




Bagus sangat idea pensyarah ini yang mampu mengubah suai sebuah kereta mainan dengan idea sendiri dengan sangat cantik dan kemas. - KitaReporters

12
18
1
12
0
You will be interested