Alam Canggih 18 May, 2021

PKPD di Besut diperluas! Dikuatkuasakan di 13 kampung dalam mukim Pelagat dari 20 Mei - 2 Jun!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this


SELEPAS lima hari penduduk di kawasan perumahan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat 3, Seberang Jertih, Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kini perintah tersebut diperluaskan membabitkan semua kampung di Mukim Pelagat, Besut

PKPD di Mukim Pelagat, Besut, Terengganu melibatkan 13 kampung dilaksanakan mulai Khamis 20 Mei 2021 hingga 2 Jun 2021


Lagi laporan-laporan penuh berkaitan PKPD

Anggota tentera memasang kawat duri di perumahan RAKR Pelagat 3, Jertih yang dikenakan PKPD


Kampung terbabit ialah Kampung Alor Selinsing, Bukit Yong, Tok Motong, Lak Lok Dalam, Lak Lok, Padang Landak, Padang Luas, Padang Luas Hilir, Padang Tapong, Paroh, Kubang Siam, Seberang Jerteh, RAKR Seberang Jerteh dan RAKR Pelagat 1, 2 serta 3.

Pelaksanaan PKPD membabitkan keseluruhan kampung Mukim Pelagat dilakukan berikutan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlaku peningkatan kes yang amat ketara dengan kadar positiviti tinggi serta kadar kebolehjangkitan yang amat tinggi di lokaliti tersebut.


Sebuah ambulan mengambil pesakit COVID-19 dari sebuah rumah di RAKR Pelagat Tiga, Jertih untuk dihantar ke hospital


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga Isnin, 17 Mei 2021, sebanyak 199 kes positif COVID-19 telah direkodkan di semua lokaliti terbabit selepas KKM melakukan 1,092 ujian saringan.

"Pelaksanaan PKPD ini bertujuan mengehadkan pergerakan penduduk dan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 serta memudahkan KKM menjalankan ujian saringan secara besar-besaran dalam kalangan penduduk di Mukim Pelagat, Besut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa 18 Mei 2021.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tersebut.



Dr Nor Azimi Yunus


Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, (JKNT) Dr Nor Azimi Yunus melahirkan kebimbangan apabila dua hari berturut-turut Terengganu menunjukkan tiga digit kes harian COVID-19.

Katanya, ketika ini seramai 14 orang sedang dirawat di ICU Hospital Sultahah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.  

"Apapun kami tidak terkejut langsung. Ini kerana tatakelakuan rakyat Terengganu sendiri yang memberi ruang dan peluang COVID-19 bersuka ria di Terengganu,” tulisnya dalam catatan Facebook milik beliau. - KitaReporters


 

 

 

 

 

 

 

 

 

11
4
12
2
2
You will be interested

Bantu wanita berniaga! Kelab Usahawan Muslim Profesional perkenalkan peniagaan jemaah di AEON!

Kelab Usahawan Muslim Profesional perkenal konsep perniagaan berjemaah dan berkongsi bayar sewa serta letakkan produk di pusat beli-belah seperti cawangan AEON

Yayasan Diraja Sultan Mizan, BSN jalin kerjasama! Micro-i bantu 1K alumni usahawan mikro YDSM!

Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), BSN jalin kerjasama bagi bantu 1,000 orang alumni Usahawan Mikro YDSM (UMY) melalui pembiayaan BSN Micro-i hingga RM5 juta
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 day ago

Madu kelulut! Mula untuk isi masa lapang! Kini Cikgu Roszaidi mampu jana pendapatan tambahan!

Bermula daripada hobi dan isi masa terluang, kini Roszaidi Ramlee dapat hasilkan pendapatan sampingan daripada usahanya ternak lebah kelulut di halaman rumahnya
Rosdi Ismail in Alam Canggih 2 days ago

Musim bah di Terengganu! 3,200 sukarelawan belia, 2,779 petugas pelbagai agensi bersiap siaga!

Bagi menghadapi situasi banjir pelbagai pihak serta agensi berkaitan bertindak mengambil langkah berjaga –jaga memastikan penduduk berada keadaan siap sedia.
Mohammad Ishak in Alam Canggih 4 days ago

Kenaikan harga sayur sementara! Harga telur, ayam naik sebab harga makanan ayam naik - KPDNHEP!

Kenaikan harga sayur adalah sementara. Dijangka alami penurunan apabila keadaan cuaca bertambah baik. Harga telur, ayam naik sebab harga makanan ayam pun naik
Mohammad Ishak in Alam Canggih 6 days ago