Alam & Sains 24 Jan, 2021

Tolong kami! Bantu derma darah! Bekalan darah di HSNZ Terengganu kritikal! Bertahan seminggu

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Bekalan darah di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu hanya cukup untuk seminggu Gambar hiasan


BEKALAN darah di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kini berada dalam keadaan kritikal dan hanya mampu bertahan hingga tempoh tujuh hari sahaja lagi bagi menampung keperluan pesakit

ini berikutan pihak hospital  tidak dapat mengadakan program derma darah secara meluas memandangkan keadaan semasa yang menyebabkan pelaksanaan program perlu dihadkan.

Keadaan bertambah serius apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 22 Januari 2021 menyebabkan trend menderma darah di negeri ini dilihat agak menurun.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan PKP 2.0

https://kitareporters.com/search?search=pkp+2.0


Dr  Mohd Muhaimin Kambali


Pakar Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Mohd Muhaimin Kambali berkata, penurunan pola derma darah itu didapati berlaku sejak seminggu lalu.

Katanya, walaupun bekalan darah di Terengganu masih stabil dan mencukupi untuk kegunaan dalam tempoh tersebut ia perlu diberi perhatian serius dan memerlukan sokongan orang ramai khususnya penderma darah

“Keadaan ini amat membimbangkan sekiranya bekalan darah semakin berkurangan,” katanya kepada Media pada Program Amal Mega Blood Donation di Kuala Terengganu pada Sabtu 23 Januari 2021.

Beliau berkata, minggu lalu pihak hospital hanya memperoleh sebanyak 150 beg darah berbanding permintaan bagi penggunaan sebanyak 350 beg dalam tempoh seminggu.

"Sekiranya keadaan ini berterusan, kita khuatir bekalan darah di Terengganu akan berkurangan," jelasnya.


Dr Mohd Muhaimin Kambali (kanan) menerangkan sesuatu kepada Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri ketika melawat aktiviti menderma darah. - Kredit gambar: Media MB Terengganu


Program anjuran Jabatan Amal Malaysia dan Pusat Darah Negara yang berlangsung di Dewan PPR Hiliran, Kuala Terengganu itu disertai oleh penderma darah 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman turut hadir pada program amal tersebut.


Peserta menderma darah menjalani aktiviti mengikut SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. - Kredit gambar: Media MB Terengganu


Mohd Muhaimin yang bimbang dengan perkara itu menyeru kepada mereka yang sihat dan berkelayakan untuk tampil menderma darah.

Dalam keadaan penularan pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara sekarang, pihaknya mengambil pelbagai inisiatif bagi memudahkan mereka yang layak untuk menderma darah sekiranya berasa ragu untuk ke hospital. 

"Proses pendermaan darah juga dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk mengehadkan bilangan penderma dalam satu-satu masa," katanya. 


Seorang peserta menderma darah menunjukkan isyarat bagus. - Kredit gambar: Media MB Terengganu


Sementara itu, Dr Ahmad Samsuri berkata, program tersebut telah mendapat kelulusan dan kebenaran dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) memandangkan Pusat Darah Negara kekurangan bekalan darah. 

Beliau mengucapkan tahniah kepada penderma kerana menerusi program sehari itu sebanyak 131 beg darah telah berjaya dikumpulkan. - KitaReporters

0
1
1
0
0
You will be interested