Alam & Sains 27 Jun, 2021

Berita Terkini| Akan laksana semula inisiatif sebelum ini! i-Lestari, i-Sinar, moratorium auto?

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


KERAJAAN bakal melaksanakan semula inisiatif membantu rakyat dan perniagaan yang pernah diperkenalkan sebelum ini susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan tidak pernah berhenti daripada membantu rakyat dan sentiasa berusaha memikirkan penyelesaian bersama.

“Dengan hadirnya PPN, inilah masa yang tepat untuk kita kembalikan inisiatif sebegini seperti sebelum ini bagi membantu rakyat dan perniagaan,” katanya seperti dipetik oleh Bernama pada Ahad, 27 Jun 2021.

Beliau berkata perbincangannya dengan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah diadakan minggu ini.

“Teringat kembali peristiwa tahun lalu, bila kerajaan ini pertama sekali dalam sejarah perkenalkan i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat hadapi cabaran Covid-19.

“Kita adalah negara terawal di dunia memperkenalkan inisiatif sebegini. Pada mulanya digasak oleh suara-suara yang membangkang,” katanya.

Tengku Zafrul berkata namun selepas itu ada dalam kalangan mereka yang sedar kesan positif pada rakyat dan mula menyokong program tersebut. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

TENGKU Zafrul berkata perbincangan bersama pihak KWSP telah diadakan minggu ini bagi memperincikan perkara tersebut.

0
3
0
0
0
You will be interested