KERAJAAN bersetuju melanjutkan operasi bazar Aidilfitri di seluruh negara sehingga pukul 2 pagi berkuat kuasa mulai Sabtu, 24 April 2021. - Kredit Foto Malakattribunnews.com
WAKTU operasi bazar Aidilfitri di seluruh negara kini dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi, bermula
Sabtu, 24 April 2020 berbanding sebelum
ini sehingga 12 tengah malam sahaja.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob lanjutan waktu perniagaan itu mendengar rayuan daripada penjaja bazar.
“Penjaja
sebelum ini merungut waktu operasi hingga 12 malam terlalu pendek, Jadi mereka mohon dilanjutkan.
“Kita
dimaklumkan pada bulan Ramadan ini, pengunjung bazar Aidilfitri keluar selepas
solat isyak dan tarawih, jadi waktunya amat terhad,” katanya dalam sidang media
di Kuala Lumpur, pada Jumaat 23 April 2021.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, SOP terperinci untuk sambutan Aidilfitri seperti solat Aidilfitri serta ziarah kubur akan diumumkan pada minggu depan.
Beliau
turut mengulangi larangan rentas negeri masih dikekalkan.
Dalam
pada itu, Ismail Sabri berkata, terdapat beberapa bazar Ramadan yang ditutup oleh pihak
berkuasa tempatan, seperti di Greenwood, Gombak dan Bukit Nyamuk di Kuala
Nerang.
“Ini
pastinya akan menyusahkan bukan saja peniaga, malah memberi kesan kepada
pengunjung.
“Jadi, saya berharap sama-samalah kita patuhi SOP ditetapkan untuk mengelakkan hal seperti ini berlaku,” ujarnya. - kitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter