Alam & Sains 04 Jan, 2022

Co-opbank Pertama Koperasi Premier Negara 2021! Tempat pertama Profil 100 Koperasi Negara 2020!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


CO-OPBANK Pertama (CBP) tersenarai dalam Koperasi Premier Negara bagi tahun 2021 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohamad Anuar berkata, pengiktirafan itu membuktikan kemampuan pihaknya untuk terus mengekalkan  kecemerlangan pretasi perniagaan seterusnya memberi manfaat kepada hampir 100,000 anggota CBP.

CBP sebelum ini, kongsi beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Koperasi Terbaik negara dalam Profil 100 Koperasi Negara 2020


“Sebagai co-opbank syariah terunggul di Malaysia dan kami akan terus komited bagi menjadikan kami sebagai suatu jenama korporat yang diterima dan dikenali ramai. 

"Pengiktirafan usaha ini penting bagi membuktikan kami berada pada landasan yang tepat dalam memastikan ia dapat bergerak seiring dengan institusi kewangan lain. 

“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, anggota lembaga, anggota CBP serta warga kerja di atas kepercayaan serta usaha yang dicurahkan selama ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, komitmen dari seluruh warga CBP turut menjadi faktor kepada pencapaian ini.

“Umum mengetahui bahawa tahun 2020 adalah tahun yang amat mencabar bagi hampir semua perniagaan. bagaimanapun, CBP telah berjaya mendepani cabaran ini berdasarkan pencapaian prestasi kewangan tahun 2020 yang mencatatkan keuntungan sebanyak RM85.1 juta,” katanya. 

Khairil Anuar menambah lagi, bagi menghadapi cabaran perniagaan bagi tahun seterusnya, Co-opbank Pertama sedang merangka beberapa strategi perniagaan baharu yang dapat memelihara kelestarian prestasi. - KitaReporters


12
17
0
11
0
You will be interested