Alam & Sains 10 Sep, 2020

Mendebarkan! Tular video rakaman skill parking ‘tahap dewa’!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

TULAR beberapa rakaman video menunjukkan seorang lelaki menunjukkan skill (kemahiran) meletak kereta (parkir atau parking) di tempat yang bagi kebanyakan orang sangat sukar atau mustahil melakukannya. Kejadian dipercayai berlaku di India di mana seorang lelaki menaiki sebuah kereta serba guna (MPV) berwarna putih memakirkan keretanya di tempat yang sukar. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita dari India:

https://kitareporters.com/search?search=india


Kalau keretanya kecil seperti kereta Kancil atau Viva, masih boleh diterima akal dan tidak menghairankan. Tetapi dengan saiz kenderaan yang sebegitu dan tempat letak kereta pula di tempat yang betul-betul sempit, ia sesuatu yang mengagumkan!


Melihat daripada video yang tular itu, kemungkinan lelaki berkenaan telah meletakkan kenderaannya di tepi sebatang jambatan kecil yang di kiri kanannya terdapat anak sungai atau parit.

Aksinya itu mula menarik minat orang yang melalui kawasan tersebut dan bertindak merakam aksi tersebut. Lelaki berkenaan bukan sahaja mahir meletakkan kereta tetapi juga handal ketika keluar daripada tempat tersebut tanpa sebarang kejadian tidak diingini.


Sesekali ia menjadi agak mencemaskan apabila melihat tayar kereta kenderaannya hampir melepasi garisan tidak selamat. Andai kata tersalah langkah, pasti keretanya itu terjerumus ke dalam sungai atau parit berkenaan.


Mendebarkan! Bukan senang untuk mengeluarkan kenderaan besar dari tempat sempit dan berbahaya seperti ini.


Fuhhh!! Agak-agaknya mampukah anda parkir kereta seperti ini? Parkir di tempat senang pun memakan masa lebih daripada lima minit, inikan pula tempat yang sukar seperti ini. 

Jawabnya, terus masuk ke dalam sungailah! - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested