Alam & Sains 14 Sep, 2020

Ingatkan toyol ambil! Rupanya telefon dicuri monyet liar je!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Perkongsian mengenai telefon bimbitnya hilang oleh seorang pengguna Twitter benar-benar mengundang hilai tawa orang lain yang membacanya. Ya, sangat kelakar apabila mendapat tahu siapakah dalang di sebalik kehilangan telefon bimbit tersebut. : KitaReporters

Inilah dalang di sebalik kehilangan telefon bimbit milik seorang pengguna Twitter.


Lagi cerita-cerita berkaitan

Menurut pengguna Twitter dikenali sebagai Zackrydz, dia menyedari telefon bimbitnya hilang ketika bangun daripada tidur. Puas dicari dan hanya jumpa ‘casing’ (sarung) telefonnya sahaja di bawah katil.

“Sesuatu yang korang takkan jumpa setiap abad. Semalam pagi tidur bangun-bangun tengahari phone hilang. Cari satu rumah geledah sana-sini semua tiada. Kemudian akhirnya jumpa casing phone je tinggal bawah katil tapi phonenya tiada,” tulisnya.


Nak kata telefonnya diambil orang, tiada tanda-tanda menunjukkan rumahnya dipecah masuk pencuri. Kemudian dia cuba mengesannya menggunakan aplikasi ‘findmyiphone’, namun tidak berjaya kerana telefonnya telah dimatikan.

“Nak kata pencuri, barang lain semua ada rumah pun tak kena pecah masuk dan kalau kena curi pun takkan pencurinya cabut casing campak bawah katil mesti ambik sekali dengan casing. Dah detect pakai findmyiphone takleh juga sebab phone offline,” jelasnya.


Malah dia juga menggunakan kaedah lain untuk mengesannya tapi tidak berjaya. Terlintas juga di hatinya untuk buat laporan polis dan mengupah orang mencarinya. Malah, dia mula terfikir yang bukan-bukan sehingga mengaitkan dengan makhluk alam ghaib seperti toyol yang mencuri telefonnya.

“Sudah cuba pakai ‘imei’ punya tracker tu semua pun tak berfungsi. Sampai nak upah sorang ni beratus beriban. Sampai nak lapor polis. Nak kata toyol pun takkanlah toyol sebat telefon??? Tapi bolehlah jugakan sebab casing bawah katil,” selorohnya.


Akhirnya selepas dua hari pencarian, Zackrydz berjaya menemui kembali telefon bimbitnya. Namun, hasil penemuan itu mendedahkan dalang di sebalik kehilangan telefon bimbitnya itu. 

Sangat tidak disangka-sangka!

“Lepas itu, petang tadi selepas nak masuk dua hari, abang aku telefon dan aku pusing-pusing belakang rumah sebab manalah tahu ada binatang apa-apa masuk ke kan. Lepas itu syukur alhamdulillah terdengar bunyi satu seruan dan betullah itu telefon aku. Dekat dalam hutan kau tahu!” ceritanya.


Setelah mendapatkan kembali telefonnya, dia cuba memeriksa galeri tetefon dan alangkah terkejut apabila mendapat tahu pencurinya adalah seekor monyet liar.

Lucu! Monyet pun pandai berswafoto.


“Kemudian cuba periksa galeri telefon rupa-rupanya monyet. Sejak bila kawasan rumah aku ada monyet pun aku tak tahu. Kau buat hidup aku sengsara dua hari. Aku siap pancing kau lagi sekali guna telefon aku lagi satu pagi esoknya siap on tracker tapi kau tak rembat,” tulisnya geram.


Malah, dia juga mendapat tahu jiran-jirannya juga kehilangan telefon dan malangnya telefon tersebut rosak kerana pecah dek penangan monyet tersebut.

Kisah yang dikongsikan oleh Zackrydz itu benar-benar menghiburkan pengguna Twitter yang lain. Pengajarannya, tutuplah tingkap ketika tidur apatah lagi kalau rumah anda berhampiran dengan hutan.

Nasib baik monyet yang masuk, kalau haiwan lain yang lebih ganas, tak ke haru dibuatnya! - KitaReporters

0
0
0
1
0
You will be interested