Khalayak ramai mungkin sukar hendak membezakan antara perbuatan 'halusinasi' atau diganggu 'makhluk halus' seperti jin dan syaitan. Penghidap atau pesakit (klien) kelihatan berkelakuan aneh dan pelik seperti mendengar bisikan suara dari seseorang, melihat (visual) orang-orang tertentu, bercakap-cakap dengan seseorang dan lain-lain. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan jenayah bunuh:
https://kitareporters.com/search?search=pembunuhan
Kira-kira 70 peratus penderita 'halusinasi' dikategorikan dalam kumpulan halusinasi pendengaran (audio) yang mendengar suara atau bisikan.
Baru-baru ini seorang lelaki berumur 40 tahun tergamak membunuh anaknya berusia lapan bulan di Kampung Sungai Dua, Bachok,Kelantan kononnya mendengar satu suara yang mengarahkannya untuk membunuh bayi tersebut.
Siasatan awal yang dilakukan oleh pihak polis, mendapati perbuatan suspek (bapa bayi) bukanlah di bawah pengaruh dadah selepas ujian air kencing telah dilakukan ke atas suspek serta isteri dan didapati negatif.
Sebaliknya beliau (pelaku) memaklumkan sedang mengamalkan zikir dan tiba-tiba telah mendengar suara 'malaikat' sebelum membunuh bayi tersebut tanpa sebab yang diketahui.
Adakah beliau pernah mengikuti mana-mana kumpulan ajaran sesat? Sukar untuk dipastikan punca pembunuhan bayi yang tidak berdosa itu dalam tempoh yang singkat.
Cerita awal: Terdengar 'suara malaikat'! Bapa sanggup bunuh anak sendiri
Ini berikutan beberapa faktor perlu dilihat berkaitan kesihatan mental seperti maklumat-maklumat atau rekod kesihatan suspek berkaitan gangguan 'mental' atau kesan pengambilan dadah (jika ada), stes, depresi dan sebagainya.
Di samping itu, masyarakat Melayu pula lebih dekat dengan kepercayaan perbuatan sihir atau gangguan makhluk halus (jin). Jika andaian ini diguna pakai berkemungkinan seseorang itu akan bersikap ganas, brutal dan pelik akibat gangguan makhluk tersebut.
Walau bagaimanapun kejadian kes bunuh (bayi) wajar disiasat dengan menggunakan kaedah saintifik iaitu melakukan ujian forensik dan bukan bersandarkan beberapa andaian yang mistik dan misteri.
Dalam hal seperti 'halusinasi' atau gangguan 'makhluk halus' (andaian) perlu dilihat dari skop berbeza dari sudut ilmiah dan perubatan sama ada aspek klinikal atau alternatif bagi menjelaskan persoalan yang timbul.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, halusinasi bermaksud pengalaman seolah-olah dapat melihat, mendengar, atau menyentuh sesuatu yang sebenarnya tidak wujud akibat gangguan kesihatan mental (fikiran).
GEMPAR kejadian seorang ibu tergamak mengelar leher anak kandungnya yang sedang tidur nyenyak, selepas suspek selesai mengaji al-Quran tanpa disedari suami wanita itu serta ahli-ahli keluarga lain di dalam sebuah rumah di Jengka, Pahang pada Jun 2018.
Peristiwa ibu bapa membunuh anak-anak mereka atau anak-anak mereka pula membunuh ibu bapa sendiri patut dilihat dari pelbagai aspek kesihatan sama ada ia berkaitan masalah mental, pengaruh dadah, alkohol dan juga gangguan kerohanian.
Jika ia benar-benar berkaitan mental, beberapa langkah perlu diambil dan antaranya:
- 1. Kenali simptom-simptom penyakit berkaitan 'mental' seperti tingkah laku, sikap, pergaulan dan sebagainya.
- 2. Jika terdapat tanda-tanda awal seperti sikap menyendiri dan bercakap seorang diri, maka dapatkan bantuan dari pihak hospital atau pakar-pakar psikaitri yang berkaitan.
- 3. Jangan abaikan pasangan masing-masing (sama ada suami atau isteri) atau anak-anak dan ahli-ahli keluarga yang sedang menjalani rawatan gangguan mental.
- 4. Pastikan pesakit-pesakit (klien) mental mendapatkan ubat-ubatan berjadual yang disyorkan oleh doktor-doktor perubatan yang bertauliah.
- 5. Jangan pula memarahi pesakit-pesakit mental kerana tindakan mereka yang tidak normal menimbulkan kemarahan serta menggangu-gugat ketenteraman orang ramai.
- 6. Berikan harapan positif dan keyakinan kepada mereka (pesakit mental) yang mengalami gangguan tahap satu (Bukan Psikotik) dan mereka akan pulih seperti sedia kala dengan syarat menjalani rawatan dengan sepenuhnya.
Pada tahun 2020, penyakit mental termasuk perbuatan 'halusinasi' bakal menduduki tangga kedua tertinggi selepas penyakit jantung jika tidak ditangani dengan segera oleh semua pihak. - Kitareporters
Sumber:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/07/01/sakit-mental-penyakit-kedua-tertinggi-di-malaysia/
https://my.theasianparent.com/ibu-kelar-leher-anak
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2485-bayan-linnas-siri-ke-138-halusinasi-pandangan-para-ulama
https://youtu.be/LWtpcWcMATk