Alam & Sains 07 Jul, 2022

Video| Alhamdulillah! Terbang 14 jam dengan lubang besar! Pesawat Dubai ke Brisbane selamat sampai!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SETIAP penumpang yang menaiki penerbangan semestinya mengharapkan perjalanan yang selamat. Lebih-lebih lagi bagi pesawat yang melakukan penerbangan yang jauh dan lama.

Baru-baru ini, pada 1 Julai 2022 lalu penerbangan Dubai ke Brisbane, Australia  berdepan detik mendebarkan apabila dilaporkan pesawat berkenaan telah terbang dengan lubang besar pada badan kapal terbang dalam tempoh 14 jam di ruang udara.

Namun bersyukurnya semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan terhadap insiden yang tidak disedari berkenaan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pesawat


Kejadian lubang besar berkenaan dipercayai apabila satu daripada tayar pesawat berkenaan meletup.

Malah juruterbang sebuah pesawat penumpang Emirates dari Dubai ke Brisbane, Australia mengakui terkejut selepas mendapati pesawat berkenaan masih lagi selamat walaupun keadaan pesawat berkenaan ada lubang besar.

Malah penerbangan pesawat Airbus A380 itu selamat dengan mendarat di Brisbane, Australia,  Jumaat, 1 Julai 2022 lalu.

Menurut Aviation Herald, laman web yang menjejaki insiden keselamatan syarikat penerbangan, anak kapal dan penumpang penerbangan EK-430 itu mengakui mendengar dentuman kuat kira-kira 45 minit selepas pesawat itu berlepas dari lapangan terbang utama Dubai.



Juruterbang percaya salah satu tayar pesawat mungkin meletup dan memaklumkan kawalan trafik udara di Brisbane serta meminta perkhidmatan kecemasan bersedia.

Selepas pesawat berjaya mendarat dan penumpang keluar dari pesawat, jurutera menemui lubang besar pada badan kiri kapal terbang tersebut.

Syarikat Emirates kemudian menjelaskan kejadian itu adalah akibat sebiji daripada 22 tayar A380 mengalami kerosakan teknikal semasa berlepas.



Jurucakap Emirates berkata, tayar itu pecah dan merosakkan badan kiri belakang kapal terbang tersebut.

"Pesawat itu selamat mendarat di Brisbane dan semua penumpang turun mengikut jadual," kata jurucakap itu.

Menurut syarikat penerbangan itu, jet penumpang tersebut telah dibaiki sepenuhnya sebelum bertolak pulang ke Dubai, pada Ahad, 3 Julai 2022 lalu.

Alhamdulillah semuanya selamat walaupun ‘terbang’ dengan lubang besar. - KitaReporters


14
17
0
14
0
You will be interested