Alam & Sains 26 Aug, 2021

Terima kasih ahli MDL! Penduduk terjejas Covid-19 di Tenang Stesen terima gas memasak! Percuma!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Program Gas Memasak Percuma anjuran ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Daerah Labis dapat meringankan beban penduduk terjejas akibat Covid-19 di beberapa taman di Tenang Stesen, Labis, Johor.  


Rassid Jumat menyerahkan tong gas kepada salah seorang penduduk salah satu taman perumahan di Tenang Stesen yang terjejas akibat Covid-19.


BANTUAN berupa barangan makanan kepada penduduk terjejas akibat penularan Covid-19 yang sedang melanda negara kita sudah biasa kita dengar, namun bantuan berupa gas memasak seperti yang dilakukan oleh salah seorang ahli Majlis Daerah Labis (MDL) merupakan sesuatu yang baharu dan perlu dicontohi.

Program Gas Percuma tersebut merupakan inisiatif ahli majlis MDL zon Tenang Stesen 2, Rassid Jumat dan meliputi kawasan Taman Segar, Taman Tenang dan Taman Tenang Jaya di Tenang Stesen yang mempunyai lebih 500 keluarga.


Lagi cerita-cerita menarik berkenaan gas memasak


“Program  ini adalah peruntukan khas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Johor kepada ahli majlis PBT yang terdapat di negeri Johor di mana  turut melibatkan seramai 23 ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mewakili 24 zon yang terdapat di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Labis.

“Sebenarnya kami diberi kebebasan untuk memilih bentuk bantuan yang difikirkan merupakan keperluan penduduk asal bantuan yang disalurkan memberi manfaat kepada penerima terutama mereka yang terjejas serta golongan yang memerlukan,” kata Rassid ketika ditemui di Tenang Stesen, Labis, Johor.  


Pengedar yang dilantik menyusun tong gas yang hendak diagihkan kepada penduduk beberapa taman perumahan di Tenang Stesen yang terjejas


Menurutnya, walaupun terdapat lebih 500 keluarga mendiami tiga taman perumahan yang terdapat di Zon Tenang Stesen 2 itu, tidak bermakna setiap keluarga akan diberi bantuan tersebut. 

Sebaliknya bantuan hanya diberikan kepada mereka yang terputus bekalan gas memasak sepanjang tempoh perlaksanaan program tersebut sahaja.

Program tersebut akan dilaksanakan selama 10 hari bermula 21 hingga 31 Ogos 2021 dan setiap rumah hanya layak menerima satu tong gas memasak secara percuma sahaja dan perlu menyediakan satu tong gas  yang sudah kosong  sebagai tukaran.

Hampir 100 tong gas memasak sudah diagihkan kepada penduduk di kawasan tersebut khususnya mereka yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 sepanjang tempoh empat hari program tersebut berjalan dan jumlah tersebut dijangka akan meningkat  kerana program ini masih berbaki enam hari lagi sebelum ditamatkan pada hujung bulan Ogos ini.


Rassid Jumat turut turun padang bagi memastikan pengagihan gas memasak secara percuma kepada penduduk terjejas berjalan lancar.


Menurutnya, dia mengambil keputusan untuk menghulurkan bantuan gas memasak kepada penduduk terjejas di kawasan pentadbirannya memandangkan gas memasak merupakan salah satu keperluan yang tidak kurang pentingnya berbanding barang makanan yang sudah banyak dihulurkan oleh pelbagai pihak sebelum ini.

Dalam masa sama dia berharap bantuan tersebut dapat meringankan beban penduduk terjejas di kawasan tersebut terutama bagi mereka yang masih menjalani kuarantin di rumah dan tidak dibenarkan keluar rumah bagi mendapatkan barangan keperluan keperluan asas.

“Selain gas memasak kami juga turut menyalurkan pelbagai bantuan lain termasuk bakul makanan dan makanan basah kepada penduduk terjejas sebelum ini, malah sehingga  hari ini bantuan tersebut masih diteruskan memandangkan masih terdapat keluarga yang masih menjalani tempoh kuarantin.

“Pendek kata, bantuan yang disalurkan tidak terhad kepada barangan tertentu sahaja, sebaliknya disalurkan mengikut keperluan penduduk. 

"Bantuan ini datang secara berterusan dari pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) , badan korparat serta orang perseorangan dan antara peranan kami adalah mengagihkannya secara adil kepada mereka yang layak,” katanya.- KitaReporters


Rassid Jumat menyusun tong gas kosong yang ditukar penduduk. 

2
0
0
0
0
You will be interested