Alam & Sains 02 Mar, 2020

KERANA RONALDO, U-23 JUVENTUS DIKUARANTIN

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
KERANA hendak selamatkan Cristiano Ronaldo dari dijangkiti penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19, semua pemain Juventus Bawah-23 (B-23) telah dikuarantinkan. Pengurusan Juventus tidak mahu mengambil risiko terhadap virus Covid-19 yang melanda Itali sekarang. : KitaReporters

Aksi Cristiano Ronaldo. Kredit foto: Instagram Cristano Ronaldo

Menurut Forbes, latihan skuad Juventus  B-23 diberhentikan mulai Ahad, 1 Mac 2020. Setiap pemain diwajibkan menjalani kuarantin di rumah masing-masing. 

Peraturan itu dibuat selepas Juventus B-23  bertemu US Pianese dalam Serie C Itali pada Sabtu, 23 Februari 2020.

Perlawanan antara U-23 Juventus dan Pianese pada 23 Februari 2020. - Kredit foto: The Sun


Pada Sabtu, 28 Februari 2020, pengurusan kelab Pianese mengumumkan ada tiga pemain dan satu staf jurulatih terkena virus Covid-19. 

Kerana itu, pengurusan Juventus merehatkan para pemain U-23-nya dengan arahan kuarantin di rumah hingga Ahad, 8 Mac 2020.

Pasukan U-23 menggunakan padang latihan yang sama dengan pasukan utama termasuk Cristiano Ronaldo.

Jadi ia adalah antara langkah mengelakkan pemain-pemain pasukan utama dijangkiti Covid-19.

Mujurlah tiada anggota pasukan U-23 yang terkena jangkitan. 

Itali menjadi negara Eropah yang paling banyak terkena jangkitan Covid-19.

Sehingga Ahad, 1 Mac 2020), ada 29 orang Itali yang meninggal dunia akibat virus tersebut. - KitaReporters.com

Laporan menarik dan statistik terkini mengenai COVID-19 di https://kitareporters.com/coronavirus

1
0
0
0
0
You will be interested