Alam & Sains 21 Apr, 2021

Kempen imunisasi PICK! Rakyat Terengganu antara negeri terendah daftar suntik vaksin COVID-19!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Menteri Besar Terengganun Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan cederamata kepada peserta sempena kempen mendaftar Imunasi Kebangsaan di Kuala Terengganu.Gambar kredit UPDI


TAHAP kesedaran imunisasi rakyat Negeri Terengganu terhadap usaha kerajaan untuk mendaftar mereka sebagai penerima vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) antara yang terendah berbanding negeri-negeri lain.

Menurut rekod Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), sehingga kini, hanya seramai 258,362 penduduk negeri ini atau 30.7% peratus sahaja telah berdaftar dalam MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin berbanding dengan 36.1 peratus untuk seluruh Malaysia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan vaksin



Namun empat daerah telah menunjukkan pencapaian melebihi 30 peratus iaitu Kemaman tertinggi dengan 45,888 orang (34.7 peratus) diikuti dengan Kuala Terengganu seramai 61,560 orang (33.5 peratus).

Selain itu, Marang seramai 26,867 orang (33.1 peratus) dan Kuala Nerus dengan 34,090 orang (31.7 peratus), manakala daerah-daerah lain yang tidak disebut masing-masing mencatatkan kurang daripada 30 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai, kerajaan akan melaksanakan beberapa kaedah.


Dr Alias Razak


Katanya, antara insiaitif yang diperkasakan ialah program bersemuka atau kempen rumah ke rumah oleh Pejabat Daerah masing-masing melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Kita pergi ke rumah untuk terangkan kepentingan vaksinasi dan kemudian terus daftar melalui secara langsung menerusi pengisian borang atau aplikasi MySejahtera,” katanya lagi. 

Selain itu katanya, , kaunter bergerak juga diadakan di kawasan tumpuan seperti pasar raya, bazar Ramadan dan pasar harian untuk memudahkan mereka yang belum berdaftar melalui pegawai bertugas.

Beliau berkata, bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, pusat pendaftaran statik akan dibuka di 40 buah Pusat Khidmat Masyarakat seluruh negeri di mana mereka boleh datang bila-bila masa untuk daftar. - KitaReporters


 

1
0
1
0
0
You will be interested