Alam & Sains 15 Dec, 2021

Video| Jalur lebar: Tak perlu panjat pokok! Kerajaan lancar satelit luaskan liputan Internet!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

KERJASAMA Sistem Penghantaran dan Penerimaan Bungkusan Secara Aplikasi Internet antara ASEAN Co-operative Organisation (ACO), Koperasi 1Malaysia Berhad dan Parcel 365 Sdn Bhd


SEBELUM ini ada tular cerita berkenaan seorang pelajar yang terpaksa mendaki bukit dalam hutan dan kemudian naik ke atas pokok untuk mendapatkan liputan Internet bagi mengikuti kelas online pengajian universiti semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik COVID-19 lalu.

Masalah utama sistem komunikasi negara yang tidak berkesan itu adalah berpunca daripada jalur lebar yang lembap dan tidak menyeluruh terutama membabitkan penduduk di kawasan luar bandar khususnya yang terpencil yang menjadikan sektor perniagaan dan perkhidmatan dalam talian tidak dapat berkembang selari dengan keperluan masyarakat. 

Sehubungan dengan itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata kerajaan sedang berbincang dengan beberapa syarikat dalam usaha membina dan melancarkan satelit negara untuk meluaskan perkhidmatan digitalisasi bagi memastikan peningkatan tahap guna pakai teknologi maklumat yang tinggi dan pantas pada masa hadapan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jalur lebar

Usahasama memudahkan urusan rakyat dan negara.


Katanya, pembinaan dan pelancaran satelit perlu mengguna pakai teknologi digital yang tinggi dan berpotensi bagi merancakkan pertumbuhan yang memberangsangkan untuk sektor e-dagang, rantaian penawaran dan permintaan.

Zahidi berkata demikian ketika berucap di Majlis Jalinan Kerjasama Sistem Penghantaran dan Penerimaan Bungkusan Secara Aplikasi Internet antara ASEAN Co-operative Organisation (ACO) dan Koperasi 1Malaysia Berhad dan Parcel365 Sdn Bhd.

Pada majlis tersebut, beliau menyaksikan perjanjian kerjasama anara Koperasi 1 Malaysia Berhad diwakili Bendaharinya, Datuk Jerfree Zain Affendi Dan Yunan dan Setiausahanya, Borhan Mat Aris, dengan Syarikat Parcel365. diwakili Pengarah Urusannya, Eddie Mok Yew Keong dan Lee Swee Yao. 

MoU berkenaan turut disaksikan oleh Presiden ACO merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia Pasifik (ICA-AP), Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah



Menurut Zahidi, beliau mengajak sektor koperasi bersama-sama menjadi rakan strategik dengan syarikat swasta dengan menyertai pembangunan teknologi maklumat seperti pelancaran satelitmengikut keperluan dan kesesuaian untuk manfaat anggota koperasi

Katanya, kolaborasi strategik ini diharap dapat membuka peluang lebih luas kepada koperasi dan anggota kerana dengan semangat kerjasama ini, ia dapat memberi sinergi yang jitu dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua. 

“Saya percaya produk yang dihasilkan menerusi kerjasama ini iaitu perkhidmatan seperti yang disediakan oleh Parcel 365 dapat membantu mempermudahkan urusan penghantaran dan penerimaan bungkusan, sekali gus mengatasi masalah dan cabaran yang dihadapi industri kurier,” katanya.  

Apabila keperluan masyarakat termasuk di luar bandar dipermudah menerusi teknologi Internet, pelbagai pihak akan tampil dengan pelbagai inovasi dan menawarkan perkhidmatan secara dalam talian sekali gus memberikan pilihan kepada pengguna untuk memanfaatkannya supaya kemudahan yang ditawarkan dapat memberi kebaikan kepada seluruh Keluarga Malaysia.


Tetamu yang menyaksikan MoU di Dewan Dato' Mohd Ali Baharum, Wisma Ungku Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 14 Disember 2021.


Kini bukan sahaja pembelian barangan keperluan boleh dibuat secara dalam talian malah industri logistik, mesyuarat dan sesi pembelajaran juga dilaksanakan secara maya.

'Saya percaya seluruh Keluarga Malaysia pada setiap peringkat usia perlu segera membiasakan diri untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi memanfaatkan teknologi terkini. Meskipun kekok

pada awalnya, saya percaya lama-kelamaan pasti menjadi mudah kerana rata-rata aplikasi yang ada cukup mesra pengguna dan begitu berkesan,'' katanya.


Kotak untuk bungkusan dijamin selamat menerusi khidmat kerjasama dengan Parcel 365


Bagi tujuan merangka perancangan strategik untuk menambah baik dan memperkasa industri pos dan kurier negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan proaktif dengan memperkenalkan Pelan Accelerator Kurier Negara atau PAKEJ pada Jun 2021.

"Keputusan ini adalah hasil daripada Bengkel Industri Pos dan Kurier Kebangsaan yang telah diadakan pada suku keempat 2020. Melalui pelaksanaan PAKEJ, KKMM yakin industri kurier negara akan tumbuh dengan pesat dan lestari.

"Serta mampu mengendalikan peningkatan ketara jumlah parcel per kapita negara dari 14 parcel per kapita pada 2020 kepada 30 parcel per kapita menjelang 2025," kataya.

Katanya, PAKEJ menyasarkan penyediaan perkhidmatan kelas pertama kepada rakyat Malaysia melalui kualiti perkhidmatan yang diperkukuh, integrasi penghantaran capaian akhir (last mile delivery) dan pengalaman pelanggan yang lancar melalui inisiatif-inisiatif yang telah dikenal pasti. 

Kesannya, PAKEJ bakal memberi impak kepada industri tradisional untuk mengadaptasi teknologi digital dan

meningkatkan kecekapan operasi secara keseluruhan sejajar dengan aspirasi MyDIGITAL - Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.



"Saya percaya produk yang dihasilkan menerusi kerjasama koperasi dengan syarikat swasta, Parcel 365 ini dapat mempermudah urusan penghantaran dan penerimaan bungkusan terutamanya dari segi keselamatan bungkusan yang dihantar atau yang diterima," katanya.

Kerjasama Koperasi 1Malaysia dan Parcel365 ini dilaksanakan menerusi PAKEJ sebagai satu inisiatif memperkukuh rangkaian poin bungkusan yang dilihat dapat memastikan perkhidmatan dan penghantaran kelas pertama kepada seluruh Keluarga Malaysia, tambah Zahidi.



Sementara itu, Dr Abdul Fattah (gambar) dalam ucapan aluannya menyatakan dengan penggunaan kaedah Smart Box Parcel365 ini, pengguna bakal mendapat khidmat penghantaran dan penerimaan bungkusan secara mudah menerusi makluman secara dalam talian dan perjalanan bungkusan dapat dikesan pada peringkat awal sehingga sampai di tangan pengguna.

Dr. Abdul Fattah berkata, penggunaan Smart Box Parcel365 ini pengguna bakal mendapat khidmat penghantaran dan penerimaan bungkusan secara mudah menerusi makluman secara dalam talian dan perjalanan bungkusan dapat dikesan pada peringkat awal sehingga sampai pada tangan pengguna. 



“Perkhidmatan Pacel365 ini juga turut memberi manfaat kepada koperasi khususnya dalam pemasaran produk koperasi dan menerusi kemudahan ini, koperasi-koperasi di seluruh negara diharap dapat menyambut baik dan menggunakan perkhidmatan ini dalam usaha mewujudkan rangkaian pemasaran produk koperasi secara lebih berkesan merentasi sempadan,” katanya. 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Bahagian Pos dan e-Commerce SKMM, Zaidi Abdul Karim; serta anggota-anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa dan Dr. Mohd Azlan Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Nasir Khan Yahaya; Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Md. Yusof Samsudin; Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Hasnan Mustapha dan Pengurus Besar Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA, Noorashidi Nazari. - KitaReporters


17
8
0
15
0
You will be interested