SEHINGGA hari ini pandemik Covid-19 belum menemui titik noktahnya. Diam tak diam hampir setahun kita melalui saat getir berperang dengan musuh yang tidak nampak. Malah sejak adanya Covid-19, pelbagai masalah timbul dan dengan itu SOP diperkenalkan selain kesungguhan serta kewibawaan barisan hadapan yang berjuang melawan ‘musuh’ tersebut. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan COVID-19:
https://kitareporters.com/coronavirus
Dengan wujudnya pelbagai SOP berkenaan, dengan harapan kita dapat mengekang masalah ini dan kembali hidup bahagia seperti sedia kala.
Namun sayangnya apabila kesungguhan yang dilakukan oleh barisan hadapan seakan dicemari dengan penyebaran berita palsu.
Terbaharu rakyat Malaysia dikejutkan dengan
pengambilan cecair peluntur yang dicampur sedikit dengan air kopi yang didakwa boleh menjadi
penawar kepada Covid-19.
Alamak! idea siapa nih?
DR. NIMELESH bimbang jika ada masyarakat terpedaya dengan penawar berkenaan yang menjadi tular dimedia sosial. -Kredit foto: Twitter @HousofHilton.
Sedangkan menghidu bau cecair peluntur sudah
membuatkan hidung menjadi perit inilah pula mahu meneguknya!
Menerusi perkongsian di Twitter @HousofHilton yang juga
seorang doctor perubatan, Dr. Nimelesh meluahkan kekecewaan apabila perkara tersebut menjadi
tular.
Terkejut dengan penyebaran berita menerusi aplikasi
WhatApps beliau melahirkan rasa bimbang jika ada yang terpedaya dengan berita
palsu berkenaan.
Katanya bahan kimia berkenaan adalah sangat bahaya dan berisiko membawa kematian jika diminum walaupun kuantiti yang sedikit.
Kredit foto: FB Pusat Racun Negara
Menjenguk dalam ruangan komen, netizen juga amat sukar mempercayai berita yang mengarut dan langsung tidak logik itu.
Namun tidak ketinggalan ada netizen yang bimbang wujud masyarakat hari ini yang menjadi ‘pembaris’ (lurus bendul) dan terpedaya dengan tipu helah terbabit.
Malah ada juga yang nakal dan menyatakan pengambilan secawan yang besar menjadi lebih afdal berbanding pengambilan yang sedikit.
Semoga kita semua tidak terpedaya dengan penularan berita palsu.
Sudah terang lagikan bersuluh bahawa bahan kimia tersebut adalah racun kepada badan, hati-hati ye! - KitaReporters