ANGKA jangkitan akibat pandemik Covid-19 terus meningkat di negeri California, Amerika Syarikat. Sehingga ini California mencatatkan 1.6 juta kes Covid-19 dan 21,000 kematian sejak pandemik itu bermula sekitar Mac lalu. Pada minggu 9 Disember hingga 15 Disember 2020, purata kematian dicatatkan di California ialah 163 orang sehari, berbanding dengan hanya 41 orang pada bulan sebelumnya (November 2020). : KitaReporters
JURURAWAT Jeanette Pimentel memantau keadaan kesihatan seorang pesakit Covid-19, Pedro Luera, 68, di Hospital Paradise City, National City, California. - Kredit foto: Los Angeles Times
Lagi laporan-laporan berkaitan COVID-19:
https://kitareporters.com/coronavirus
Keadaan genting khususnya dirasai di daerah Los Angeles yang mempunyai 10 juta penduduk. Katil hospital semakin penuh dan kini tidak sampai 100 katil yang masih kosong di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di bandar raya itu.
Memetik laporan AFP, bimbang dengan kesesakan di ICU dan jangkaan angka kematian terus melonjak tinggi, pihak berkuasa telah memesan 5,000 lagi beg mayat sebagai persediaan.
Status wabak Covid-19 menurut Corona Tracker setakt 17 Disember 2020.
Menurut Gabenor California, Gavin Newsome,
jumlah ini dijangka mencukupi untuk waktu ini. Dia memberi amaran keadaan di
negeri itu adalah kritikal dan kini berada dalam gelombang kemuncak pandemik
tersebut.
Newsome menegaskan, dia tidak bermaksud menakutkan
rakyat tetapi menekankan situasi Covid-19
di California sangat menakutkan dan negeri itu masih dalam tahap bahaya.
Walau pun dia membayangkan akan ada cahaya di hujung terowong tetapi kini California masih berada di dalam terowong.
Penularan Covid-19 kian parah khususnya di kawasan selatan California. Anehnya pada peringkat awal serangan Covid-19, pihak berkuasa di kawasan ini bertindak pantas mengekangnya dan usaha tersebut mendapat pujian.
Namun kini sebaliknya yang terjadi. Kadar
kemasukan ke hospital akibat Covid-19 dan yang berkaitan dengannya telah
meningkat enam kali ganda sejak pertengahan Oktober 2020 lalu.
Selain Los Angeles, pihak berkuasa perubatan juga memberi amaran keadaan kritikal di daerah Ventura dan Riverside di mana kapasiti di ICU telah mencapai tahap 99 peratus hingga 100 peratus.
Begitu buruknya keadaaan ini sehingga ambulans terpaksa menggu lima jam untuk membawa pesakit yang disahkan positif Covid-19
ke hospital yang penuh sesak.
Walau pun penyuntikan vaksin sudah bermula di
beberapa buah bandar nraya di California sejak 14 Disember 2020, langkah itu dianggap
sudah terlalu lewat untuk mengekang gelombang ketiga yang sedang melanda negeri
itu.
Dengan kapasiti ICU di hospital di selatan
California tinggal hanya dalam lingkungan 1.7 peratus, kebimbangan yang wujud ialah tanpa rawatan kepakaran akan melonjakkan angka kematian.
Kredit foto: Yahoo Finanzas
Mungkin ramai yang menganggap itu bukan masalah besar kerana pihak hospital boleh sahaja menambah bilangan katil.
Namun menurut Pengarah Perubatan Awam Daerah
Los Angeles, Barbara Ferrer, ia tidak semudah itu.
Ini kerana setiap katil perlu dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan di samping memerlukan pekerja kesihatan yang terlatih dan
berkemahiran.
Kata Ferrer, jumlah pekerja kesihatan adalah
terhad sementara mereka yang bertugas sekarang sudah terlalu kepenatan.
Pihak berkuasa juga memberi amaran kes harian
Covid-19 dan angka kematian akan terus meningkat jika penduduk terus berkumpul
mengadakan parti, aktiviti keagamaan dan sukan yang kesemuanya tidak
dibenarkan.
Malah pihak berkuasa juga telah memfailkan
saman terhadap sebuah kelab malam di Los Angeles yang beroperasi sehingga larut
malam, menyalahi sekatan yang dikenakan.
Warga California diingatkan, ketika negeri itu
sedang menghadapi gelombang ketiga Covid-19, peraturan yang dikenakan oleh
kerajaan hendaklah dipatuh dan jangan mendedahkan diri kepada maut. - KitaReporters
Kredit foto: Straits Times