Pegawai Kesihatan di Kompleks Perubatan King Abdullah di Jeddah, Arab Saudi yang telah memulakan kaedah menggunakan khidmat robot, berharap dapat mencegah wabak itu daripada merebak kepada pesakit, doktor dan jururawat di samping menjimatkan peralatan dan melindungi bekalan perubatan.
Agensi Arab News ,yang melaporkan pada 23 April 2020, memetik Pengurus Penyelia kompleks itu, Dr. Khalid Al-Thumali, sebagai berkata robot itu dipasang peralatan stetoskop, otoskop, kamera mata bionik dan kamera yang pakar dalam memeriksa kulit pesakit menggunakan lensa pasang siap yang berkuasa tinggi.
Medibot sedang diuji untuk interaksi antara doktor dan pesakit. - Kredit Gambar: IIUM
Cerita dari Malaysia pula melaporkan jurutera di sebuah universiti antarabangsa di negara ini sudah berjaya mencipa robot yang boleh membantu petugas hadapan kesihatan mengurangkan jangkitan wabak itu.
Agensi itu melaporkan jurutera itu sudah membina robot setinggi 1.5 meter menyerupai robot R2-D2 dari filem "Star Wars" yang dilengkapi peralatan perubatan untuk merawat pesakit dalam jarak jauh.
Dr. Hasan Firdaus Mohammed Zaki dari Jabatan Mechatronics, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM/UIAM) yang menjadi sebahagian pasukan pencipta robot itu dipetik sebagai berkata, pada masa ini, pihaknya mengumpul data dan maklum balas dari Hospital Kuala Lumpur menggunakan Medibot Versi 2 itu.
Dr Hassan memberitahu sudah ada pelabur yang berminat menjadikan pasukan robot itu sebagai projek segera di hospital negara ini untuk mengendalikan pesakit Covid-19.
Jika hendak dibina sebagai produk besar-besaran, ia bergantung pada tajaan kerajaan dan institusi swasta,
Difahamkan jurutera IIUM membelanjakan $3,430 (RM14,783.29) untuk membina robot protaip.
Dr Hassan berkata jurutera Malaysia bersemangat untuk membina robot itu selepas melihat kehebatan pakar perubatan melakukan pemeriksaan ke atas pesakit di Wuhan menggunakan pasukan robot itu.
"Kami berbincang jika dapat menyumbangkan secara `teknikal` kepada pasukan petugas hadapan.
"Dari situlah kami memajukan sebuah robot `telepresence` yang berfungsi berkomunikasi dengan pesakit dari jarak jauh dan meminimumkan sentuhan pegawai kesihatan dengan pesakit.
"Medibot ni dilengkapi mikrofon dan speaker untuk bercakap, sensor suhu, stetoskop elektronik dan sistem yang boleh memantau tekanan darah tinggi pada waktu yang sebenar.
"Ia juga boleh ditukar menjadi robot penyembur untuk tujuan pembersihan.
"Jika kita melihat potensi Medibot ini, ia mampu membuka kemungkinan untuk penggunaan robot selepas wabak Covid-19," katanya.
Arab News turut memetik laporan dari San Francisco, Amerika Syarikat, mendakwa robot sudah boleh menjadi kaedah terbaru dalam sistem perawatan di hospital kerana pantas, cekap dan terbukti mampu kalis jangkitan dalam usaha memerangi wabak Covid-19.
Robot berbentuk manusia sedang menjalani ujian di lapangan hospital di Wuhan bila robot dijadikan barisan petugas hadapan ketika Covid-19. - Kredit gambar: AFP
Satu pasukan robot telah menunjukkan kejayaan dalam menangani pesakit di hospital sementara di Wuhan, China yang bermulanya Covid-19 itu.
Presiden CloudMinds, Karl Zhao berkata robot berbentuk manusia itu boleh menyajikan makanan, ambil suhu badan dan berkomunikasi dengan pesakit.
Salah satu mereka dinamakan “Cloud Ginger” oleh sempena pembuatnya CloudMinds, yang beroperasi di Beijing dan California.
“Ia membekalkan maklumat yang sangat berguna, mengendalikan komunikasi, menghiburkan pesakit dengan menari malah membantu pesakit menjalani senaman betulkan urat," kata Karl Zhao.
Dia juga menambahkan bahawa kerja lapangan di hospital itu dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan robot keluaran syarikatnya itu. - KitaReporters
"Anda apakhabar hari ni?" Semoga terus sihat. Mungkin ni antara perbualan robot dengan pesakit Covid-19 di Wuhan ini.