Alam Canggih 05 Oct, 2020

Masjidil Haram dibuka semula untuk umrah! Patuhi arahan, SOP

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

PINTU Babus Salam Masjidil Haram telah dibuka semula untuk umrah bermula jam 6 pagi semalam, Ahad 4 Oktober 2020 bersamaan 16 Safar 1442 Hijrah kepada rombongan 6,000 jemaah umrah pertama selepas enam bulan ditutup kerana penularan wabak Covid-19. Saat-saat yang memang dinantikan oleh setiap insan Muslim di serata dunia. : KitaReporters

Kredit gambar-gambar: FB @haramain.info


Lagi cerita-cerita berkaitan umrah:

https://kitareporters.com/search?search=umrah


Mungkinkah ada antara pendoa-pendoa jemaah haji lalu yang dipohon telah dimakbulkan oleh Allah supaya umat Islam di serata pelosok dunia dapat mengerjakan haji dan umrah semula pada masa akan datang.  Siapa tahu??

Berita baik dan gembira ini boleh dikongsi 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia untuk menunaikan ibadah umrah ekoran selepas kejayaan pemantauan musim Haji 2020 lalu (27 Julai 2020) dengan jumlah dibenarkan 1,000 jemaah termasuk 8 orang rakyat Malaysia (menetap di Mekah) berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta nasihat dan arahan Kementerian Kesihatan Arab Saudi.


Sebanyak 6,000 jemaah umrah akan ditempatkan di lima lokasi berasingan (pintu berlepas) termasuk di Al-Gaza, Ajyad dan Al-Shasha, bagi membolehkan jemaah bersama petugas kesihatan menaiki bas menuju ke Masjidil Haram.

Rombongan pertama seramai 1,000 jemaah akan melaksanakan ibadah umrah mereka sehingga selesai proses kemudian baharulah diikuti rombongan kedua sehingga tamat proses (3 jam) dan begitu seterusnya hingga kumpulan keenam terakhir pada sehari itu.

Para jemaah dibenarkan menunaikan umrah setiap hari sebanyak enam kali dengan waktu berbeza dan setiap kumpulan 1,000 jemaah diberi tempoh tiga jam.

Proses umrah dikendalikan melalui aplikasi I'tamarna yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.



Kini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah bersedia menerima kehadiran semula para jemaah umrah antarabangsa secara berperingkat-peringkat di bawah kawalan yang ketat dengan melakukan saringan kesihatan serta menyediakan kemudahan atau fasiliti kesihatan seperti klinik bergerak dan perkhidmatan ambulans yang lengkap dan komprehensif.

Para jemaah pertama ini akan sentiasa diperiksa dan dipantau mengenai tahap kesihatan mereka termasuk mesin pengimbas haba yang ditempatkan di pintu masuk Masjid Haram.

Menurut Arab News,dijangka 1,000 petugas kesihatan akan terlibat sepanjang proses ibadat umrah dan proses sanitasi serta nyahkuman dilakukan sebanyak 10 kali dalam sehari .

Ruang khusus iaitu kawasan ‘Mataf’ yang terletak di sekitar Kaabah dijadikan lokasi kemudahan akses sepanjang mereka berada di Masjidil Haram.


Seperkara lagi yang amat menarik ialah peluang dan kemudahan menziarahi Raudhah yang terletak di dalam Masjid Nabawi dibenarkan menurut Presiden Hal Ehwal Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais setelah mendapat kebenaran daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman.

Dalam perkembangan lain, kemungkinan besar berlaku kenaikan kos menunaikan ibadah umrah sebanyak RM3,000 bagi setiap jemaah berikutan caj levi pelepasan udara dan saringan Covid-19, demikian menurut Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd. Sham dalam satu kenyataan beliau kepada media ketika diminta mengulas keputusan kerajaan Arab Saudi membuka semula ibadah umrah tersebut baru-baru ini. - Kitareporters


Sumber:

https://www.arabnews.com/node/1739701/saudi-arabia

https://www.utusan.com.my/nasional/2020/09/kos-umrah-naik-rm3000/

https://youtu.be/Enqnq9O3abo

You will be interested

Sekatan Jalan Raya! SJR ditempatkan di lima pintu masuk utama ke Terengganu masa tempoh PKPB!

Polis Terengganu beri tumpuan penugasan SJR di 5 pintu masuk yang jadi laluan utama jalan darat keluar masuk kenderaan. Sebanyak 3 SJR di Kemaman dan 2 di Besut

COVID-19: JKN Terengganu periksa 36,489 premis, keluarkan 1,469 kompaun bernilai RM1.46 juta!

Pasukan penguatkuasaan JKNT mengandungi 23 pasukan dengan kekuatan 73 orang di seluruh Terengganu. Lakukan 36,489 pemeriksaan di pelbagai premis atau kawasan
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 day ago

Sharimah ingat rumah usang dihanyutkan banjir! Rupanya bangkai kapal berusia lebih 200 tahun!

Sharimah tak sangka objek seakan rumah usang yang dihanyutkan banjir di Sungai Lipis di Kampung Pagar Penjom, Lipis rupa-rupanya bangkai kapal berusia 200 tahun
Adnan Mohamad in Alam Canggih 2 days ago

Kes COVID-19 terus meningkat! Kelantan bertukar status dari PKPB kepada PKP mulai 16 Jan 2021

Kelantan jadi negeri ke-7 yang laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 16 Januari sehingga 26 Januari 2021 kerana pertambahan kes baharu COVID-19
Mohammad Ishak in Alam Canggih 3 days ago

Alamak! 89 kes positif baharu! Terengganu catat kes COVID-19 tertinggi selepas dua hari PKPB!

Selepas 2 hari PKPB penduduk Terengganu dikejutkan dengan jumlah angka kes COVID-19 paling tinggi dicatatkan sejak Mac 2020. Pada 8 Jan 2021, ada 34 kes baharu
Mohammad Ishak in Alam Canggih 4 days ago