Alam & Sains 28 May, 2021

Berita Terkini| Bekalan darah hospital Kedah berkurangan| Mampu bertahan 3-5 hari sahaja lagi!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

HOSPITAL di negeri ini masih mempunyai stok darah masing-masing yang dianggarkan mampu bertahan untuk tempoh tiga hingga lima hari.


BEKALAN darah untuk kegunaan hospital di Kedah kini berada pada tahap kritikal berikutan stok semasa di pusat darah di negeri itu hanya mampu bertahan dalam tempoh tiga hingga lima hari sahaja lagi.

Ketua Perkhidmatan Transfusi Kedah Dr Siti Nadiah Abdul Kadir berkata sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, berlaku penurunan drastik bekalan darah di negeri ini hingga 50 peratus, sedangkan dalam masa sama keperluan darah terus meningkat.

Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Alor Setar (JPTHAS) yang bertindak sebagai pusat darah bagi Kedah dan Perlis secara purata memerlukan 150 beg darah setiap hari untuk menampung keperluan para pesakit.

“Jumlah ini masih diperlukan walaupun dalam tempoh pelaksanaan PKP ini. Sebelum PKP, ‘kutipan’ darah adalah antara 150 hingga 200 beg sehari, tetapi sekarang ini kutipan jatuh kepada 75 hingga 100 beg sehari,” katanya seperti dipetik oleh Bernama pada Jumaat, 28 Mei 2021.

Beliau berkata antara kes yang memerlukan transfusi darah termasuklah mangsa kemalangan jalan raya, ibu tumpah darah semasa bersalin, pesakit yang menjalani pembedahan utama dan pesakit kanser selain pesakit Talasemia yang memerlukan darah secara berterusan.

Tegas Dr. Siti Nadiah aktiviti menderma darah masih diteruskan walaupun negara berada dalam tempoh PKP dengan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan polis selain tertakluk kepada syarat-syarat asas pendermaan darah.

"Pihak kami akan terus melakukan kempen dan promosi  bagi menggalakkan pendermaan darah selain bekerjasama dengan badan bukan kerajaan," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested