Alam & Sains 03 Dec, 2020

Video| Terbaiklah Zulhilmi Sudin! Cipta motosikal dua alam!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

BANJIR yang sedang melanda negeri Terengganu ketika ini memberi kesan kepada penduduk yang terlibat dengan bencana itu kerana terpaksa berpindah akibat rumah mereka ditenggelami air malah ada yang menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda. : KitaReporters


Sekumpulan pemuda Kampung Gerong, Apal, Jertih, Terengganu siap sedia dengan motosikal untuk melakukan aksi meredah sungai.


Lagi cerita-cerita berkaitan motosikal:

https://kitareporters.com/search?search=motosikal


Namun, tidak semua insan terpaksa menanggung duka dengan kejadian banjir sebaliknya ada golongan anak muda menjadikan banjir sebagai pesta untuk bersukaria kerana kehadiran air bah setahun sekali amat seronok bagi mereka.

Sekumpulan anak muda dari Kampung Gerong, Apal dekat Jertih, Terengganu menyambut musim banjir dengan cara tersendiri apabila mereka menggunakan kreativiti menunggang motosikal menyeberangi air bah.


Zulhilmi Sudin (kanan) bersama rakan sedang menunggang motosikal di dalam air sedalam satu meter



Mereka mengubah suai motosikal yang membolehkan untuk digunakan di dalam air  sambil berseronok kerana hasil ciptaan mereka turut mendapat perhatian orang ramai yang menyaksikan aksi menunggung motosikal di dalam air.

Tular dalam media sosial sekumpulan anak muda menunjukkan kebolehan menunggang motosikal yang diubah suai sedang mengharung air di beberapa kampung sekitar daerah Besut. 


Sebuah motosikal dalam proses mengubah suai untuk aktiviti menyeberangi air bah


Seorang pemuda, Zulhilmi Sudin, 24, dari Kampung Gerong, Apal, Jertih, menggunakan kemahirannya untuk mengubah suai motosikal agar mampu meredah air tanpa menghadapi sebarang masalah.

Beliau yang lebih dikenali sebagai “Matju” menarik perhatian orang ramai apabila mengadakan demonstrasi menyeberangi air di kampungnya pada 27 November 2020.

Aktiviti stunt (aksi lagak ngeri) yang dilakukan oleh Matju itu kemudian disiarkan secara “live” menerusi media sosial milik rakan-rakan dan mendapat pelbagai komen daripada netizen.


Tular dalam media sosial video  gelagat pemuda daerah Besut menunggang motosikal dalam air.


Malah ada yang memuji kemampuan Matju mengubah suai motosikal tersebut dikatakan lebih hebat daripada orang Jepun yang mengeluarkan motosikal Honda yang digunakannya dalam aksi tersebut. 


Banyak komen netizen yang memuji gelagat pemuda menunggang motosikal dalam air


Matju yang bekerja sebagai mekanik motosikal mengubah suai motosikal jenis Honda C70 untuk dijadikan motosokal dua alam iaitu di darat dan di dalam air.

Katanya, bagi mengubah suai motosikal tersebut dia hanya memerlukan perbelanjaan RM20 dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menyiapkan kerja-kerja mengubah suai ekzos supaya tidak dimasuki air.

“Motosikal yang diubah suai boleh meredah air sedalam satu meter tanpa mengalami sebarang masalah teknikal,” katanya. 

Katanya, ketika ini terdapat kira-kira 15 buah motosikal yang diubah suai untuk kegunaan musim banjir oleh rakan-rakan sebaya di kampung itu. 


Matju sedang menguji motosikal yang diubah suai untuk menyeberangi sungai



Sebenarnya pada tahun 2017, anak muda pertama yang mencipta motosikal dua alam, Mohd Faizol Lokman, 33, dari kampung sama digelar pemuda kreatif kerana mengubah suai motosikal pernah menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan rakyat negara ini malah seluruh dunia. 

Dikenali sebagai Jojo Kechik, pemuda tersebut mendapat perhatian netizen di seluruh dunia selepas rakaman video pada 4 Jan 2017 berdurasi 1 minit 24 saat memaparkan dia bersama kakaknya (Khaizuraini, 35) membonceng motosikal meredah air setinggi satu meter, menerima lebih 10 juta tontonan dan dikongsi lebih 25,800 penonton di YouTube. - KitaReporters 


Sekumpulan pemuda siap sedia untuk menguji motosikal yang diubah suai untuk menyeberangi sungai.


 

 

 

 

15
36
2
6
7
You will be interested