Alam & Sains 25 Nov, 2020

Gadis habiskan 234 jam untuk tatu tubuhnya! Termasuk anunya!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

SESETENGAH manusia memang pelik! Ada seorang gadis berasa tidak senang dan menjengkelkan jika ada seinci daripada badannya yang kosong tanpa dihiasi dengan corak tatu. Julia Nuno, 32, sanggup menghabiskan masa selama 234 jam hanya semata-mata untuk memenuhkan seluruh badannya dengan tatu. : KitaReporters


 


Lagi cerita-cerita berkaitan pelik tapi benar:

https://kitareporters.com/search?search=pelik


Menurut laporan Dailystar, gadis berkenaan telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak lebih daripada RM100,000 bagi memastikan seluruh tubuh badannya dipenuhi tatu.

Julia mula melukis tatu pada badannya sejak beliau berusia 18 tahun, namun pada bulan Oktober 2020, buat pertama kalinya beliau memberanikan diri melukis tatu pada kemaluannya sendiri. 



"Saya bermula dengan cacahan tatu bunga raya yang kecil di dada tetapi sekarang saya tak boleh berhenti.

"Saya rasa semakin banyak tatu, semakin menjengkelkan melihat ruangan kosong di badan," katanya kepada pihak media.

Disebabkan badannya penuh dengan lukisan tatu, maka Julia telah menjadi tarikan orang awam di mana sahaja beliau pergi.



Orang awam akan mengambil kesempatan untuk dekat dengan beliau dan menyentuh kulit Julia.

Bagaimanapun, tindakan pelik Julia ini amat menggusarkan ahli keluarganya sendiri. - KitaReporters


1
1
0
0
4
You will be interested