Alam & Sains 02 Dec, 2021

Madu kelulut! Mula untuk isi masa lapang! Kini Cikgu Roszaidi mampu jana pendapatan tambahan!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


IBARAT peribahasa, ‘bagai lebah menghimpun madu’, boleh didamba kepada seorang guru yang sangat rajin akhirnya menghasil pendapatan sampingan daripada usahanya menternak lebah kelulut di halaman rumahnya di Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Bermula daripada hobi dan mengisi masa terluang untuk menternak lebah kelulut berikutan kesedaran mengenai khasiat serta manfaat madu kelulut yang terbaik untuk kesihatan selain kesukaran untuk mendapatkan madu yang asli di pasaran menjadi pendorong kepada Roszaidi Ramlee mengusahakan sendiri.


 Lagi kisah menarik berkaitan madu kelulut


Log lebah kelulut yang diletakkan dalam halaman rumah Cikgu Roszaidi.

Lelaki yang bertugas sebagai guru itu berkata, pada awal pembabitan dirinya dia hanya membeli dua log sarang lebah.

"Kebetulan ketika itu  pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pandemik COVID-19, jadi saya gunakan masa lapang dan sekadar suka-suka sahaja untuk ternak lebah, namun keterujaan apabila 'bermain' dengan lebah membuatkan saya ketagih untuk memberi perhatian yang lebih.

"Saya kemudian menambah log sarang dan kini memiliki 10 log  yang diletakkan sekitar halaman rumahnya," ujar guru Bahasa Inggeris di SMK Permas Jaya 2, Pasir Gudang, Johor Bahru.

Kongsinya, pada awal pembabitan dirinya dalalm dunia menternak lebah dia banyak bertanya kepada mereka yang pakar terdiri daripada sahabatnya yang terlebih dahulu mengusahakannya.

Malah, dia juga banyak mendapatkan maklumat daripada media sosial mengenai kaedah betul menternak lebah kelulut termasuk cara yang terbaik bagi menghasilkan madu berkualiti khusus untuk kesihatan.


Cikgu Roszaidi memeriksa lebah kelulut dalam log sarangnya sambil ditemani anak perempuannya, di halaman rumah mereka di Masai, Johor Bahru.


“Saya berasa beruntung apabila kenalan yang dikunjungi yang sama mengusahakan ternakan berkenaan tidak kedekut untuk berkongsi limu bagi memastikan saya mampu berjaya seperti mereka.

“Begitulah juga dengan mereka yang saya hanya berhubung menerusi media sosial turut memberi bimbangan dan panduan cara menternak serta menjaga lebah kelulut terutama bagi memastikan dapat menuai madu dalam jumlah banyak,” katanya.

Hasil daripada tunjuk ajar itu dia berpuas hati apabila setiap log sarang lebah kelulut itu dapat menghasilkan madu purata antara 1,500 mililiter dan 2,000 mililiter selepas matang dalam tempoh masa tiga hingga empat bulan untuk mendapatkan hasil madunya. 

Kini, hasil usaha berterusan yang dilakukan secara suka-suka memberi banyak manfaat kepada dirinya sekeluarga.

Tambahnya, madu lebah kelulut yang dihasilkan itu kini bukan sahaja dapat digunakan untuk seisi keluarga tetapi turut dijual kepada rakan-rakan dan jiran tetangga dengan harga RM30 bagi setiap botol 100 mililiter.

Malah, hasil ternakan lebah  itu mampu memberi pendapatan tambahan kepadanya dan menyifatkan usaha yang dilakukan bukanlah suatu yang sia-sia. 

Lebih menarik, permintaan terhadap madu lebah yang diusahakan mendapat sambutan luar jangkaan. 

“Saya juga turut membekalkan kepada rakan dan jiran tetangga madu kelulut yang asli dengan harga murah berbanding di pasaran, mereka boleh datang melihat sendiri bagaimana madu ini dihasilkan," jelasnya lagi.


Cikgu Roszaidi Ramlee menunjukkan hasil tuaian madu lebah kelulut yang diusahakan sekitar halaman rumahnya di Masai, Johor.


Kongsi Cikgu Roszaidi kini isterinya turut turun padang bersamanya dalam membantu menternak lebah kelulut. 

"Jika sebelum ini hanya saya sendiri tetapi kini isteri, Norulaida Ibrahim serta anak-anak turut membantu dalam menternak lebah kelulut ini yang secara tidak langsung mewujudkan aktiviti santai bersama keluarga setiap petang,” katanya.

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. 

Dianggarkan hampir 500 spesies kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona Thoracica, Heterotrigona Thoracica, Heterotrigona Itama, Lepidotrigona Terminata, Tetragonula Laeviceps dan Tetrigona Apicallis. 

Lebah kelulut boleh didapati dikebanyakkan kawasan tropika dunia seperti Australia, Afrika, Asia Tenggara dan kawasan tropika Amerika. - KitaReporters


Usaha yang dilakukan ketika PKP kini membuahkan hasil dan mampu memberi pendapatan tambahan kepada Cikgu Roszaidi sekeluarga.

31
18
0
15
0
You will be interested