Alam & Sains 20 Mar, 2023

Video| Ribut landa Kpg Pulau Kemiri, Sg Siput! 5 rumah rosak! Kerugian dianggar puluhan ribu ringgit!

@abdul razak din
Wartawan selama lebih 30 tahun, bekas wartawan Utusan, bekas Penolong Pengarang Ekonomi, bekas Penolong Pengarang Suplemen, bekas Pengarang Prosesan Utusan Malaysia (razakdin939@hotmail.com)

Share this


Sebanyak lima buah rumah di Kampung Pulau Kemiri, Sungai Siput, Perak rosak teruk akibat dipukul ribut dan angin kuat dalam kejadian 20 minit lewat petang hari ini, Isnin 20 Mac 2023.

Kebanyakan atap rumah berkenaan diterbangkan angin sehingga 100 meter dari tempat tinggal rumah mereka.

Paling teruk yang terkena ribut berkenaan ialah seorang pengusaha ternakan kambing, Nasrul Rafii, 34, apabila hampir separuh atap reban kambingnya diterbangkan angin.


Lagi cerita-cerita mala petaka berkaitan kejadian ribut




"Kira-kira 20 keping atap reban kambing diterbang angin sehingga 50 meter jauhnya," katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Kemiri petang tadi (20 Mac 2023).

Katanya. atap sebuah bangsal berhampiran dengan kolam ternakan ikan turut diterbangkan angin dalam kejadian itu.

"Semasa kejadian saya tiada di rumah kerana masih belum balik kerja. Saya menganggarkan kerugian yang dialami lebih RM5,000," katanya.

Beliau berkata, pada sebelah malam ini beliau bersama beberapa penduduk kampung terpaksa membina semula kandang kambing itu bagi meneruskan usaha memelihara ternakan tersebut.





Ahli Jawatankuasa Masjid Pulau Kemiri, Sulaiman Isah merayu pihak berkuasa terutama Ahli Parlimen Sungai Siput, Kesavan A/L Subramaniam dan ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun supaya membantu penduduk yang terjejas akibat dipukul ribut tersebut.

Sementara itu. seorang penduduk kampung Pulau Kemiri berkata, kejadian ribut dan angin itu berlaku dalam tempoh 20 minit iaitu sebaik sahaja selepas waktu asar.

Katanya, kejadian itu selain menerbangkan atap rumah juga turut menumbangkan pokok buah-buahan. 

"Saya anggarkan kerugian lebih RM10,000 kerana ada beberapa rumah turut ditimpa pokok besar," katanya lagi.

Beliau berkata, dalam pada itu juga sekitar jalan ke kampung itu turut dipenuhi dengan sampah sarap.

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk membantu boleh menghubungi Sulaiman Isah menerusi telefon 0197852805 atau Jalhasli Jidin menerusi telefon 0174887856. - KitaReporters



10
14
0
11
0
You will be interested