Alam & Sains 29 Aug, 2022

Video| Kreatif bonar! Ane tengok sini! Pemuda bawa board, siap pasang lagu! Tarik perhatian pelayan!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Anda semua jika pergi ke kedai makan, kadang-kadang rasa geram sangat kan apabila pelayan gerai tidak sedar kehadiran anda walaupun sudah beberapa kali dipanggil untuk memesan makanan.

Oleh sebab itu, seorang pemuda membuat satu cara yang sangat kreatif agar pekerja restoran tersebut menyedari kehadirannya untuk membuat pesanan makanan

Video pemuda ini telah dirakam oleh Ridzuan Ahmad dan tular dalam TikTok memaparkan idea pemuda yang sangat kreatif ini.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kreatif dan kreativiti


Dalam video tersebut kelihatan 2 individu sedang duduk di meja kecil dan salah seorang dari mereka yang memakai pelitup muka dan seorang lagi tidak. 

Pemuda yang kreatif itu adalah yang tidak memakai pelitup muka dan menarik perhatian ramai dengan memegang papan tanda:

“Ane tengok sini”

Pada papan tulis yang dipegang dihias dengan sangat kreatif menggunakan kapur, dihiasi dengan lampu LED dan terdapat dua biji speaker (kotak muzik) dipasang.

Siap pasang lagu tau!!

Lagu yang dipasang pada waktu itu berjudul Mamak Rhapsody daripada Jaster Fong, lagu parodi untuk Bohemian Rhapsody. Ketika rakaman lagu tersebut berbunyi :

“Aku nak buat order tapi customer banyak you tak dengar.” - KitaReporters


11
10
0
10
0
You will be interested