Alam & Sains 07 Aug, 2023

Jaga kesihatan jantung! Sertai edisi ke-4 Walk A Million Miles! September ialah Bulan Jantung Sedunia!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Nestle Omega Plus akan melancarkan edisi keempat kempen Walk A Million Miles (WAMM) yang popular sebagai penghormatan kepada Bulan Jantung Sedunia pada September 2023 ini. 

Sebagai jenama yang komited mempromosikan kesihatan jantung, Nestle Omega Plus sentiasa berada di hadapan dengan pelbagai inisiatif bertujuan meningkatkan kesedaran risiko kolesterol tinggi. 

Tahun ini (2023), mereka meneruskan misi mempromosikan kesihatan jantung dengan tema 'Langkah Bersama, Jantung Dijaga', bersama sasaran penyertaan terbesar sepanjang penganjurannya. 

Meskipun, ketika berhadapan dengan fasa pandemik, Nestle Omega Plus tetap teguh dalam komitmen untuk mengajak rakyat Malaysia berjalan untuk kesihatan jantung yang lebih baik. 

Mereka akan terus membawa obor dan menerangi jalan bagi rakyat Malaysia untuk memahami mitos kesihatan dan membebaskan diri daripada kolesterol tinggi.  

Kemuncak inisiatif ini akan menyaksikan Nestle Omega Plus menyumbang RM100,000 sekali lagi kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Institut Jantung Negara (IJN), menambah kepada jumlah RM300,000 yang telahpun disumbangkan dalam tiga edisi Walk A Million Miles sebelum ini.  



"Bulan Jantung Sedunia dan Nestle Omega Plus Walk A Million Miles seakan sinonim dengan rakyat Malaysia, mengingati tanggungjawab mereka demi kesihatan jantung yang lebih baik. 

"Namun hakikatnya ia bukan sekadaran. Nestle Omega Plus Walk A Million Miles telah menjadi lebih besar dan tahun ini (2023), kami berharap mencapai tahap lebih tinggi sekali lagi bersama rakyat Malaysia dengan  berjalan, semua demi memutuskan belenggu kolesterol tinggi," kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad. 

"Dengan mengenali bahawa rakyat Malaysia sentiasa bersatu bagi tujuan sosial dan masyarakat, kami ingin tahun ini menjadi gerakan terbesar, untuk terus menekankan kepentingan dan kesedaran akan kesihatan kita, terutama kesihatan jantung. 

"Kami ingin menggesa rakyat Malaysia untuk mengingatkan rakan, keluarga, dan rakan sekerja agar mereka menjalani gaya hidup sihat, serta mengakui bahawa kolesterol tinggi yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung, boleh menimpa sesiapa saja," jelas Juan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kolesterol tinggi adalah faktor risiko utama penyakit jantung yang menjejaskan lebih daripada 8 juta dewasa di Malaysia. 

Sesuatu yang membimbangkan adalah apabila ramai rakyat Malaysia masih tidak menyedari bahawa ancaman kolesterol tinggi tidak mengenal umur, jantina, atau berat badan, dan ia boleh menimpa sesiapa sahaja. 

Di Malaysia, 4 daripada 10 dewasa mempunyai kolesterol tinggi, hampir separuh daripadanya berada di bawah usia 40 tahun. Bahkan 1 daripada 4 orang dengan kolesterol tinggi tidak menyedari keadaan kondisi mereka. 

Malaysia kini menghadapi peningkatan kematian akibat penyakit jantung, dengan kira-kira 60 kematian setiap hari.



Kenny Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Tenusu & Pemakanan Dewasa, Nestle (Malaysia) Berhad berharap agar rakyat Malaysia bersatu pada bulan September 2023 ini untuk menyokong kempen Walk A Million Miles dan membantu meningkatkan kesedaran umum tentang kesihatan jantung. 

"Lebih 50,000 rakyat Malaysia telah menyertai tiga edisi Walk A Million Miles yang lepas sebagai sokongan menentang penyakit jantung dan kolesterol tinggi. Kami komited untuk membantu membina komuniti Malaysia yang lebih sihat. 

"Sejajar dengan komitmen itu, Nestle Omega Plus sekali lagi akan menyumbangkan RM100,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia dan Yayasan Institut Jantung Negara, di mana dana ini akan digunakan untuk membantu pesakit jantung yang memerlukan," katanya.

Rakyat Malaysia boleh menyertai WAMM tak kira di mana mereka berada, dengan hanya mendaftar untuk cabaran itu dalam aplikasi BookDoc, yang boleh dimuat turun secara percuma dari App Store atau Google Play Store. 

Peserta boleh menyertai secara percuma atau mengambil pilihan berbayar hanya dengan RM30 dan mendapatkan jersi penamat dan produk serta baucer Nestle apabila mencapai 150,000 langkah. 

Dengan penyertaan berbayar, peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik apabila mencapai 300,000 langkah atau mencatatkan jumlah langkah tertinggi mingguan.

Tahun 2023 ini, WAMM mempunyai elemen kolaboratif, di mana peserta boleh membentuk kumpulan di aplikasi BookDoc yang membolehkan mereka mengikuti kemajuan satu sama lain. 

Peserta juga akan dapat menyertai aktiviti taman awam yang berlangsung di seluruh Malaysia pada hujung minggu menjelang 1 September, di mana mereka boleh berkumpul untuk berjalan kaki bersama dan menebus hadiah menarik. - KitaReporters/Kenyataan Media


8
14
0
13
0
You will be interested