Alam & Sains 28 Jun, 2024

Waspada! Terengganu catat peningkatan kes denggi! Tapi tiada kematian akibat komplikasi dilaporkan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


TRENGGANU kini merekodkan peningkatan kes denggi sebanyak125 kes berbanding 118 kes bagi tempoh yang sama tahun 2023 pada Minggu Epid ke 25/2024. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong berkata, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak tujuh kes bersamaan 5.9 peratus. 

Katanya, walaupun berlaku peningkatan kes namun wabak itu masih terkawal selain daripada angka tersebut, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.


Dr Kasemani Embong


"Walaupun ada sedikit peningkatan tetapi tiada wabak yang teruk berlaku di negeri ini. Setakat ini terdapat lima wabak berlaku sehingga Jun ini. 

"Ia berlaku di Besut dan Marang masing-masing merekodkan dua wabak selain satu wabak berlaku di Hulu Terengganu.

"Wabak itu sudah pun tamat dan ia dapat dikawal dengan baik. Setakat ini tiada kes kematian akibat denggi direkodkan di Terengganu," katanya.



Dr Kasemani berkata pihaknya sentiasa komited selain mengambil tindakan serius melalui aktiviti penguatkuasaan berhubung peningkatan kes demam denggi di Terengganu.

Menurutnya, melalui pemeriksaan penguatkuasaan sehingga tempoh Januari hingga Mei lepas, sebanyak 1,261 kesalahan pembiakan aedes dengan jumlah kompaun yang ditawarkan RM198,500. 

"Secara keseluruhan sebanyak 110 premis telah diperiksa dan sebanyak 82 kesalahan telah dikesan dengan nilai kompaun sebanyak RM32,750," ujarnya.

Beliau berkata usaha mengatasi masalah demam denggi ini adalah tanggungjawab bersama dan semua pihak harus berkerjasama menghentikan pembiakan nyamuk aedes ini. - KitaReporters



 

15
15
0
14
0
You will be interested