Alam Canggih 19 Jun, 2021

Berita Terkini| PPV mega Stadium Nasional Bkt Jalil beroperasi 21 Jun! Kapasiti 10k dos sehari!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Reezal Merican melihat persiapan PPV Stadium Bukit Jalil yang akan mula beroperasi 21 Jun 2021 ini. - Kredit foto: Sinar Harian


Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka beroperasi bermula 21 Jun ini dengan kemampuan kapasiti sehingga 10,000 dos sehari.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, PPV berskala besar itu membolehkan lebih ramai rakyat khususnya di sekitar Lembah Klang divaksin, dengan tumpuan kepada rakyat yang berusia 40 tahun ke bawah.

Katanya, seluruh trek balapan stadium itu telah bertukar wajah menjadi ruang untuk urusan vaksinasi selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

“Ini merupakan sebahagian usaha KBS (Kementerian Belia dan Sukan) menjayakan inisiatif yang diterajui Khairy Jamaluddin dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melalui penggunaan fasiliti secara optimum.

“Insya-Allah, dengan ikhtiar ini kita akan dapat meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat dengan lebih cepat lagi,” katanya seperti dipetik oleh Bernama pada Sabtu, 19 Jun 2021.

Pada peringkat awal beliau berkata, seramai 60 sukarelawan MYVAC di bawah kelolaan KBS akan berkhidmat di situ dan jumlah itu akan ditambah mengikut keperluan.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai untuk segera mendaftar dan sentiasa menyemak status janji temu mereka melalui aplikasi MySejahtera. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
0
0
0
You will be interested

Kecewa dan mahu tuntut hak! Bekas pekerja Utusan Melayu lancar petisyen! Bayar pampasan petugas!

Kecewa setelah genap 2 tahun tuntutan pampasan tak dipedulikan, 800 bekas pekerja syarikat Utusan Melayu lancar petisyen bagi mendesak agar hak mereka diberikan

Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago

Video| Anak lembu dilahirkan keadaan aneh! Punyai 2 kepala, 3 mata! Dianggap suci dan disembah!

Seekor anak lembu yang dilahir dengan punyai dua kepala, tiga biji mata gemparkan orang ramai sehingga jadikan sebuah perkampungan di Odisha jadi tumpuan ramai
Fauzan Uda Ahmad in Alam Canggih 7 hours ago

Program Outreach Pekerjaan Terengganu! Tawarkan isi 800 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri!

Warga Terengganu diberi peluang untuk isi 800 kekosongan jawatan menerusi Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu bagi kurangkan pengangguran
Mohammad Ishak in Alam Canggih 5 days ago

Ramai sudah nak rentas negeri! LPT2 bersiap sedia! 45,000 kenderaan dijangka guna lebuh raya!

Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) siap sedia awal bagi hadapi pertambahan kenderaan bakal meningkat apabila kerajaan umumkan kebenaran perjalanan rentas negeri
Mohammad Ishak in Alam Canggih 6 days ago

Video| Nelayan bakal bergelar jutawan! Temukan muntahan ikan paus atau ambergris bernilai RM5j!

Narong Phetcharaj temukan ambergris atau muntahan ikan paus sperma 30kg bernilai RM5 juta di tepi pantai Niyom Wilayah Surat Thani. Dia tiba-tiba jadi jutawan
Adnan Mohamad in Alam Canggih 1 week ago