Alam & Sains 08 Jun, 2021

Hadiah wang tunai berjumlah RM1k! Hanya hasilkan video pendek 'Palestin, Kami Sentiasa Bersamamu'

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this


Pelajar sekolah dan orang ramai berpeluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM1,000 yang ditawarkan oleh Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Kubang Pasu dengan menghasilkan video bertemakan Palestin, Kami Sentiasa Bersamamu.

Pengarah Pusat Islam UUM Prof Madya Dr Ismail Ishak berkata, tiga kategori dipertandingkan untuk peraduan video ini iaitu ketagori umum, sekolah rendah dan menengah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Palestin

Dr Ismail Ishak


Bagi pemenang kategori umum tiga hadiah ditawarkan iaitu RM200 (Johan), RM150 (Naib Johan) dan RM100 untuk tempat ketiga. Manakala Johan kategori sekolah rendah pula ditawarkan wang tunai RM100 (Johan), RM80 (Naib Johan) dan tempat ketiga RM50.

“Kami juga menawarkan hadiah misteri kepada penyertaan terbanyak bagi kategori sekolah selain daripada RM150 kepada pemenang pertama, RM100 kedua dan RM50 bagi pemenang ketiga kategori sekolah menengah,” kata beliau ketika dihubungi.

Sementara itu Pengarah program Pertandingan Video Pendek Palestin Ustaz Mohd Yusnaidi Md Sabri berkata, penyertaan terbuka kepada semua peserta mengikut kategori di atas dan tarikh tutup penyertaan ialah 13 Jun 2021.

Semua penyertaan adalah percuma dan setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan, manakala penyertaan secara berkumpulan pula tidak melebihi tiga peserta.

“Setiap video yang dihasilkan berdurasi tidak melebihi tiga minit dan bertemakan ‘Palestin, Kami Sentiasa Bersamamu’,” ujarnya lagi.



Dalam pada itu elemen drama, animasi, sketsa, komedi dan dokumentari juga perlu mempunyai nilai kebersamaan yang mewakili Malaysia seperti bendera jalur gemilang, Masjid al-Aqsa, solidariti Malaysia dan yang berkaitan dalam menghasilkan video dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris dalam format AVI, WMV, MOV, FLV dan MP4.

Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini boleh menghubungi talian 0103909752 (Fathenah) dan 0197729487 (Dakina) untuk mendapatkan syarat lanjut penyertaan ini.

Mereka boleh juga mengakses maklumat melalui pautan: https://form.jotform.me/211460903129449. - KitaReporters


2
0
0
0
0
You will be interested