Alam Canggih 09 Jun, 2021

Berita Terkini| PKP penuh atau lockdown mungkin dilanjutkan lagi! Kes masih tinggi - Dr Adham

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


MENTERI Kesihatan, Dr Adham Baba memberikan bayangan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown (sekatan pergerakan penuh, SPP) akan dilanjutkan selepas fasa pertama tamat pada 14 Jun 2021 ini.

Dr. Adham menjelaskan kerajaan perlu meneruskan pelaksanaan PKP penuh berikutan kadar kes harian Covid-19 di Malaysia masih tinggi melebihi nilai ambang disasarkan iaitu 4,000 kes sehari.

Pelaksanaan PKP penuh mulai 1 Jun 2021 lalu mula mendatangkan hasil apabila dua indikator penting iaitu kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) turun kepada 0.96 Rt dan kes harian purata bawah 7,000 kes sehari.

“Namun, selepas lapan hari pelaksanaan PKP penuh, kes masih melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga Selasa, 8 Jun kes mencatatkan 6,871 iaitu melebihi nilai ambang yang disasarkan iaitu purata 4,000 kes ke bawah dalam tempoh tujuh hari.

“Sehingga kini, kita merekodkan penurunan kes harian yang meyakinkan maka KKM berpandangan kerajaan patut meneruskan kaedah pelaksanaan PKP penuh di seluruh negara,” katanya seperti dipetik oleh portal Free Malaysia Today pada Rabu, 9 Jun 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

4
0
0
0
0
You will be interested

Jom buat duit! Jual minyak masak terpakai, dapat duit tambahan! Jadi biodiesel, lilin, sabun!

Minyak masak yang sudah digunakan boleh dijual balik sekali gus mampu berikan pendapatan sampingan selain sebagai usaha bagi bersama-sama menjaga alam sekitar

Record dunia? Ibu muda lahirkan 10 bayi kembar! Secara normal! Berat bayi antara 0.95kg - 1.1kg!

Seorang ibu muda di Arab Saudi berjaya lahirkan 10 bayi kembar di Hospital Angkatan Tentera Raja Salman di Tabuk. Wanita itu lahirkan lima pasangan bayi kembar
Adnan Mohamad in Alam Canggih 3 days ago

Video| Tahu tak? Spot baharu tengok matahari terbenam! Bukit Utama Hillside, Bkt Antarabangsa!

Tular sebuah video paparkan spot cantik untuk lihat matahari terbenam di Kuala Lumpur bagi saksi keindahannya yang sangat cantik. Di Taman Bukit Utama Hillside
Nur Syamila Kamarul Arefin in Alam Canggih 3 days ago

Video| Unik! Pasangan kahwin dalam metaverse! Pilih tema Harry Potter! Dihadiri mendiang bapanya!

Pasangan Chennai tampil unik untuk memilih majlis perkahwinan dianjurkan gunakan kaedah ‘metaverse’ iaitu versi realiti maya Internet dengan tema Harry Porter
Zuhayati Yazid in Alam Canggih 5 days ago

Video| Ni baru kayangan! Tandas cantik, bersih, rekaan moden! Stesen minyak Melor KB jadi tular!

Tandas awam di sebuah stesen minyak di Melor dekat Kota Bharu sangat luar biasa kerana ia bersih serta dihias cantik dan moden sesuai dinamakan Tandas Kayangan
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 week ago