Alam & Sains 09 Jun, 2021

Berita Terkini| Jenazah pesakit Covid-19 semakin bertambah! Forensik berdepan masalah backlog!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


KADAR kematian akibat Covid-19 yang tinggi di Malaysia akhir-akhir ini bukan hanya meruntun jiwa banyak pihak, tetapi turut menyebabkan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) berdepan situasi getir apabila mengalami masalah tunggakan (backlog) dalam pengurusan mayat akibat wabak itu dan kes kematian bukan Covid-19.

Berbeza dengan pengurusan jenazah bukan Covid-19, pengurusan kes kematian Covid-19 perlu dilaksanakan dengan teliti oleh pasukan petugas barisan hadapan dan disegerakan untuk dikebumikan bagi yang beragama Islam atau dibakar bagi bukan Islam.



Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Salmah Arshad berkata, peti simpanan mayat sedia ada di IPFN kini tidak mencukupi dan mangsa kematian kini diletakkan di dalam kontena yang boleh memuatkan antara 12 hingga 20 mayat bagi kontena bersaiz enam meter (20 kaki) sementara menunggu giliran untuk diuruskan.

"IPFN ada 36 peti simpanan mayat, tapi kami memantau atau mempunyai tempat simpanan lain contohnya 10 peti di Hospital Tunku Azizah, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan ada empat, dua di Institut Kanser Negara. Jumlahnya 52 peti simpanan mayat dan kita ada back-up kontena untuk menyimpan mayat.

"Bagi mayat yang dibakar, ia bergantung kepada krematorium. Untuk di Lembah Klang ada satu sahaja lokasi iaitu yang diuruskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Satu oven hanya untuk satu mayat.

"DBKL juga memberi khidmat pembakaran mayat bukan Covid-19 jadi terpaksa menunggu giliran,” katanya seperti dipetik oleh Bernama pada Rabu, 9 Jun 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


 

1
1
0
0
0
You will be interested