Alam & Sains 08 Oct, 2020

Untungnya! 4,116 pekerja Jiangxi terima kereta sebagai bonus

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SERONOK tak jika anda diberikan hadiah istimewa daripada seseorang? Pasti hati berbunga-bunga kan? Keseronokan itu jika boleh mahu dicanang ke seluruh dunia. Itulah yang berlaku kepada 4,116 pekerja syarikat Jiangxi West Dajiu Iron & Steel Corporation di Beijing, China apabila majikan mereka membelanjakan AS$74 juta (RM307 juta) membeli kenderaan baharu untuk mereka sebagai hadiah, baru-baru ini. : KitaReporters

KERETA yang akan diserahkan kepada pekerja sebagai ganjaran di atas kecemerlangan kepada syarikat. - Kredit foto-foto: Odditycentral.com.


Bukan itu sahaja, yuran pendaftaran, cukai kenderaan dan insurans kereta selama lima tahun turut dibayar oleh majikan mereka.

Wah beruntungnya pekerja berkenaan!

Memetik Odditycentral, pemberian hadiah istimewa itu merupakan ganjaran kepada pekerja syarikat berkenaan sebagai merupakan ganjaran menjadi sebahagian kejayaan dan kecemerlangan dicatatkan syarikat dalam tempoh lima tahun lalu.

Gembira di sisi hadiah yang diberikan majikan selepas lima tahun membanting tenaga memberi keuntungan kepada syarikat.


Pasti semuanya tersenyum lebar selepas menerima berita baik nih kan???

Dalam majlis penyampaian hadiah berkenaan semua pekerja dikumpulkan di sebuah padang besar sebelum kenderaan diserahkan kepada mereka.

Wah menariknya…

HIMPUNAN hadiah yang akan diserahkan kepada pekerja dalam satu majlis yang diadakan di padang luas di Beijing China, baru-baru ini.


Menerusi laporan berkenaan, pemberian hadiah kenderaan itu merangkumi dua jenis kenderaan iaitu 2,933 kenderaan jenis Jiangling Ford Territory dan 1,183 buah jenis FAW-Volkswagen Magotan.

Beruntungnya pekerja berkenaan tapi pastinya hadiah itu berbaloi dengan usaha pekerja berkenaan yang bertungkus lumus membawa pulangan keuntungan kepada majikan.

Semoga pemberian hadiah berkenaan menambahkan semangat pekerja berkenaan untuk terus berkhidmat dengan lebih rajin kepada majikan pada masa depan. - KitaReporters

1
4
0
0
0
You will be interested