Alam & Sains 10 Oct, 2020

Terbaiklah APM Daerah Setiu! Bantu ambil kucing jatuh perigi

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

BAGI Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Setiu, tugasannya bukan sahaja tertumpu untuk menyelamatkan nyawa manusia sahaja tetapi nyawa haiwan pun tidak diabaikan. Dalam semua keadaan, setiap nyawa dinilai sama penting dan perlu dibantu bila berdepan masalah dan kesukaran. : KitaReporters 

SEORANG anggota APM Daerah Setiu berjaya menyelamatkan kucing (bulatan merah) selepas terjatuh ke dalam perigi di Kampung Gong Tengah, Merang, Setiu, Terengganu.


Lagi cerita-cerita berkaitan haiwan:

https://kitareporters.com/search?search=haiwan


Hal ini terjadi apabila seorang suri rumah, Yurnita Abdu Jalil, 38, dari Kampung Gong Tengah, Merang, Setiu, Terengganu  terpaksa meminta pertolongan daripada jabatan itu untuk menyelamatkan nyawa seekor kucing kepunyaannya yang dipercayai terjatuh ke dalam sebuah perigi berhampiran dengan rumahnya awal pagi semalam, Jumaat 9 Oktober 2020 lalu. 

Beliau menyedari kucing kesayangannya terjatuh ke dalam perigi sedalam lima meter, manakala air di dalam perigi itu dianggarkan sedalam satu meter selepas mendengar suara haiwan itu.

ANGGOTA APM Daerah Setiu turun dengan tangga ke dalam perigi untuk mengambil kucing. 


Kejadian berkenaan berlaku, kira-kira pukul 6.30 pagi selepas Yurnita bangun dari tidur dan secara tiba-tiba beliau terdengar suara tangisan seekor kuncing berhampiran dengan rumahnya. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Setiu, Kapten (PA) Mohd Nizu Husien berkata pihaknya menerima panggilan daripada suri rumah itu kira-kira pukul 7.40 pagi dan tanpa membuang masa seramai empat anggota APM daerah itu bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamat kucing tersebut.

KAPTEN (PA) Mohd Nizu Husien 


KUCING (bulatan merah)  kesayangan Yusnita berada di dalam perigi di Kampung Gong Tengah, Merang, Setiu, Terengganu.


Beliau berkata, anggota APM itu sampai ke rumah pemilik haiwan peliharaan itu pada pukul 8.24 pagi. 

``Sabaiknya anggota sampai didapati kucing berkenaan berada di atas sekeping papan yang berada di permukaan air dalam perigi tersebut. 

``Kami mengambil masa selama 20 minit bagi menyelamatkan nyawa kucing itu dan kami turun ke dalam perigi menggunakan tangga untuk mengambil kucing berkenaan,’’ katanya ketika dihubungi. - KitaReporters

17
0
0
0
0
You will be interested