FAMA berusaha membeli hasil ladang pekebun bagi memastikan petani tidak rugi .
LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang terus berusaha membantu dengan membeli lebih 100 tan tembikai daripada empat pekebun di Kampung Ubai dan Muadzam Shah di Rompin.
Pengarah
FAMA Pahang, Noh Nik Wan berkata, selain tembikai merah dan kuning, FAMA turut
membeli tembikai apollo dan tembikai susu yang dikeluarkan tiga pekebun di
Muadzam Shah.
Pembelian
buahan itu menggunakan sistem harga semasa ditetapkan FAMA dilakukan secara
berperingkat-peringkat bermula pada awal bulan Mei, dan usaha dibuat selagi terdapat
permintaan daripada pekebun.
"Tujuan
utama FAMA membeli hasil ladang pekebun bagi memastikan petani tidak mengalami
kerugian apabila produk keluaran mereka keluar dengan jumlah yang banyak secara
serentak seterusnya berlaku masalah pasaran, termasuk kejatuhan harga.
"Kebanyakan pekebun terdiri peserta ladang kontrak FAMA yang mengadakan perjanjian belian hasil kebun mereka apabila keadaan memerlukan," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Selasa, 26 Mei 2021.
Sebelum ini
tular berikutan petani terpaksa menjual hasil tuaian mereka pada harga 80 sen
sekilogram, kurang sekali ganda berbanding RM1.50 hingga RM1.60 harga semasa
akibat lambakan buah tersebut ketika ini. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
PEMBELIAN berkenaan menggunakan sistem harga semasa ditetapkan FAMA yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.