Alam & Sains 06 Nov, 2020

Tahniah Zyson Kang! Menang cipta sistem tandas angkasawan!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Dua orang rakyat Malaysia mendapat perhatian pihak Pentadbiran Aeroangkasa dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) apabila mereka berjaya dipilih untuk menyertai pertandingan mencipta tandas angkasawan ‘Lunar Loo Challenge 2020’ yang selama ini menjadi dilema kepada para angkasawan. : KitaReporters


Zyson Kang Zy Shun - Kredit foto : https://says.com/



Lagi cerita-cerita berkaitan angkasa lepas:

https://kitareporters.com/search?search=angkasa+lepas


Pada Oktober 2020, NASA telah mengumumkan Zyson Kang Zy Shun, pelajar sekolah rendah tahun tiga dari Setia Alam, Selangor menang di tempat pertama bagi kategori junior rekaan tandas angkasawan.

Manakala Kevin Lim Chin Seong, seorang jurutera Malaysia pula telah dianugerahkan sijil penghargaan bagi kategori dewasa di atas sumbangan rekaannya.

Berbekalkan Semangat Malaysia Boleh!  dua individu tersebut sanggup menyahut cabaran ‘Lunar Loo Challenge’ sejak dilancarkan 25 Jun 2020. 

Walaupun mereka berdepan dengan peserta-peserta dari negara-negara hebat seperti Amerika Syarikat (AS),United Kingdom (UK), Jerman dan lain-lain, tetapi semangat bersaing tetap diutamakan.



Apa yang amat membanggakan dan mengejutkan kita semua ialah ‘otak budak’ sembilan tahun boleh mencipta sesuatu rekaan dan inovasi yang cukup luar biasa.

Lazimnya, kebanyakan kanak-kanak sekolah rendah, mereka hanya lebih tertumpu kepada kejayaan akademik dan sukan sahaja.

Bagi Zysonpelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pin Hwa 1 itu, berjaya menewaskan hampir 900 peserta lain dari 85 buah negara dengan ciptaanya, Spacesuit Lunar Toilet, yang memudahkan angkasawan untuk membuang air (kencing dan najis) sewaktu berada dalam kapal angkasa.

Apa yang membuatkan ciptaannya unik adalah ia tidak memerlukan tenaga elektrik atau bateri, dan hanya menggunakan tenaga kinetik daripada pergerakan kaki justeru mengurangkan risiko alat tersebut untuk rosak.

Peranti ini amat sesuai dimasukkan di dalam sut angkasawan dan berfungsi di sekitar graviti kecil (mikro) dengan menggunakan vakum untuk menyedut mana-mana cecair; dan membolehkan angkasawan berasa selesa dan selamat di dalam sut mereka.

Alat tersebut menggunakan picagari yang dilekatkan pada kaki angkasawan untuk mengawal tekanan dalam saluran tiub bagi membawa cecair bahan buangan ke dalam kantung hidrogel, untuk menukarkannya menjadi pepejal.



Sementara itu, Chong Soo Sheong, juga penasihat serta jurulatih Zyson di Pusat  Sains I-Discovery World berkata, kemenangan anak didiknya itu bukanlah satu kebetulan tetapi di atas usaha gigih yang berbulan-bulan lamanya untuk menghasilkan rekaan tersebut.

Zyson adalah seorang yang mahir dalam reka cipta, dia juga suka membaca dan mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Topik sains amat dekat dengannya terutama berkaitan ilmu astronomi. Di samping itu, beliau adalah peminat tegar filem Jurassic Park dan bercita-cita untuk menjadi seorang ‘Geneticist’

Pada 29 Oktober 2020, pihak NASA telah meminta Zyson untuk membuat persembahan model reka ciptanya melalui Webinar dan mendapat perhatian  pihak juri.

“Tandas ciptaannya Spacesuit Lunar Toilet tidak menggunakan tenaga elektrik atau bateri sebaliknya menggunakan pergerakan kaki dan cecair buangan boleh disalurkan ke bekas (container) yang dipasangkan pada kasut but angkasawan," jelas Chong.

Zyson turut juga menjelaskan bahawa ciptaannya adalah versi ruang angkasa yang dinaik taraf yang digunakan oleh angkasawan dalam misi bulan Apollo pada tahun 1969



Sementara itu seorang lagi rakyat Malaysia, Kevin Lim Chin Seong turut mengambil bahagian dalam program tersebut dalam kategori dewasa, namun tidak berjaya memenangi sebarang anugerah.

Namun, Kevin tetap diberi penghargaan oleh pihak NASA atas usaha dan inisiatif rekaan beliau.

Pertandingan Lunar Loo Challenge anjuran oleh NASA adalah program angkasa lepas Artemis yang dibiayai Kerajaan AS dengan matlamat untuk mendarat "wanita pertama dan lelaki" ke bulan pada tahun 2024- Kitareporters


Sumber:

http://www.dailyexpress.com.my/news/161154/m-sian-boy-solves-nasa-s-toilet-dilemma/

https://www.therakyatpost.com/2020/11/03/nasa-just-recognised-this-malaysian-for-his-handy-space-toilet-design/

0
6
0
1
0
You will be interested