Alam & Sains 24 Apr, 2022

Terima kasihi! Bersihkan, baik pulih segera anak sungai! Harap tiada banjir pada hari raya nanti!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Kerja-kerja membersihkan tebing anak sungai dan sampah sarap yag tersangkut untuk melancarkan aliran air.

LEBIH 150 penduduk daripada 40 keluarga di Kampung Lembah Bakti, Tenang Stesen, Labis, Johor menyifatkan kerja-kerja pembersihan dan pembaikan bagi melancarkan aliran air di anak sungai berhampiran kampung mereka yang bermula pada 23 April 2022 sebagai hadiah hari raya yang bakal disambut tidak lama lagi.

Ketua Kampung Contoh Tenang Stesen, Labis, Mohammad Khakem Senan pada masa sama turut melahirkan harapan agar kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan sepenuhnya sebelum sambutan hari raya tidak lama lagi kerana bimbang  kejadian banjir kilat berulang ketika kemeriahan penduduk menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi. 


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan banjir kilat

Penduduk Kampung Lembah Bakti, Tenang Stesen, Labis, Johor berharap kerja-kerja pembersihan  dan pambaikan anak sungai yang sedang rancak berjalan akan mengelakkan kejadian banjir kilat di kampung mereka apabila siap nanti.


"Selepas dua tahun terpaksa menyambut kedatangan Syawal dalam suasana yang  kurang meriah tanpa sebarang aktiviti ziarah akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, tentunya kami tidak mahu kemeriahan hari raya tahun ini terencat dengan kejadian banjir kilat pula.

"Cukuplah kejadian kejadian banjir kilat menjelang waktu berbuka puasa pada 11 April dan terbaharu pada 21 April 2022 lalu selepas berlaku hujan lebat," katanya ketika dihubungi melalui pangilan telefon.


Sampah sarap yang tersangkut di jambatan menyekat aliran air menyebabkan berlaku banjir kilat di Kampung Lembah Bakti, Tenang Stesen, Labis, Johor.

Keadaan salah sebuah rumah di Kampung Lembah Bakti, Tenang Stesen, Labis, Johor yang terjejas ketika kejadian banjir pada 21 April 2022 lalu.

Kata Mohammad Khakem, punca berlaku kejadian banjir kilat di kampung tersebut sudah diikenal pasti disebabkan terdapat kerosakan serta runtuhan tebing di jambatan yang merentangi anak sungai berhampiran kampung tersebut dan menghalang kelancaran aliran air setiap kali berlaku hujan lebat.

Sehubungan itu, pihak Pejabat Daerah Segamat, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Segamat serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang telah bertindak pantas melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembaikan anak sungai tersebut bagi mengelak kejadian sama berulang.

Menurutnya, kerja-kerja pembersihan serta pembaikan bagi melancarkan aliran air termasuklah mengalih bahan binaan jambatan yang roboh serta membaik pulih struktur runtuhan tebing di kawasan jambatan tersebut yang turut menghalang kelancaran aliran air.


Ketua Kampung Contoh , Tenang Stesen, Labis, Johor, Mohammad Khakem tengah bersama ADUN Tenang, Haslinda Salleh meninjau runtuhan tanah dj jambatan yang menganggu laluan air.

"Selain itu pihak kontraktor pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru juga telah bersetuju untuk mengalihkan besi rel landasan lama di kawasan berkenaan yang turut memerangkap sampah sarap yang menghalang kelancaran saliran air.

"Saya juga berharap pihak kontraktor projek tersebut dapat membuang binaan konkrit di kawasan tersebut yang turut menghalang kelancaran saliran air hujan yang menjadi antara punca kejadian banjir kilat," katanya.

Dalam masa sama, Mohammad Khakem turut mengakui kampung tersebut terletak di kawasan rendah dan sering dilanda banjir pada musim tengkujuh, namun tidak pernah pula berlaku kejadian banjir kilat disebabkan hujan yang turun dalam tempoh dua atau tiga jam sebelum ini. - KitaReporters


Sampah sarap yang tersangkut di jambatan lama menganggu kelancaran aliraan air anak sungai berdekatan Kampung Lembaah Bakti, Tenang Stesen, Labis, Johor.

7
6
0
10
0
You will be interested