s
Masjid Sultan di Kampung Glam, Singapura. - Kredit foto: FB Masjid Sultan.
MAJLIS Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam kemas kininya (update) dalam laman Facebooknya menyatakan ramai penganut Islam negara Temasek (nama lama) itu meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati ekoran tempahan ruang solat untuk mendirikan solat sunat Aidilfitri habis dalam beberapa jam selepas waktu tempahan dibuka dalam talian (online) pada jam 10 pagi, 11 Mei 2021.
Menurut MUIS, pihaknya berdepan dengan masalah pelayan (server) komputer sehingga membuatkan sistemnya terapung (hang) akibat terlalu ramai orang (jemaah) cuba masuk dalam sistem (pangkalan data) untuk membuat tempahan pada waktu puncak dan sibuk.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Singapura
Umat Islam di Singapura melakukan penjarakan dalam saf ketika solat berjemaah sebagai langkah keselamatan dan pencegahan wabak penularan Covid-19 yang melanda dunia. - Kredit foto: ST/Ariffin.
“Baru buka talian dalam tempoh dua puluh minit sahaja server sudah gagal beroperasi dan menyebabkan pengguna-pengguna merungut dan kecewa.
"Pihak
kami sudah menjangkakan permintaan amat tinggi (tempahan ruang solat hari raya), MUIS pula sudah menaikkan taraf sistem supaya ia boleh menampung jumlah
lebih sekali ganda berbanding tempahan bagi jemaah solat Jumaat.
“Malangnya,
server tidak dapat kekal stabil disebabkan jumlah pengguna begitu tinggi yang
mencuba membuat tempahan secara serentak," tulis MUIS.
Walau bagaimanapun pada jam 10.30 pagi, sistem tempahan (ruang solat) dibuka semula untuk orang ramai membuat tempahan sehingga mencapai sehingga 17,192 jemaah sahaja.
Antara reaksi komen-komen mengenai sistem pendaftaran tempahan ruang solat sunat Aidilfitri di masjid-masjid Singapura yang menjadi rungutan dan kekecewaan para jemaah. - Sumber FB MUIS.
Setiap
masjid akan mengadakan tiga sesi solat
Aidilfitri. Setiap sesi terhad kepada 100 jemaah sahaja dalam dua zon
berasingan, dengan 50 jemaah setiap satu.
Sebagai
perbandingan, jika tidak disebabkan penularan wabak Covid-19 dianggarkan terdapat 61,700
ruang solat (berjemaah) yang disediakan untuk menunaikan solat (jemaah) di
masjid-masjid tempatan (Singapura).
Sebagai pelaksanaan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan penularan penyakit berjangkit Covid-19, pihak pengurusan MUIS telah memperketatkan jumlah kapasiti jemaah di setiap masjid-masjid seluruh Singapura.
Umat Islam
di Singapura dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di 66 buah
masjid (daripada 72 buah masjid) seluruh negara bermula 26 Jun 2020. MUIS turut juga melaksanakan solat Jumaat dengan dua sesi
dengan jumlah jemaah terhad kepada 50 orang berdasarkan kelulusan Jawatankuasa
Fatwa (MUIS) Singapura.
Memandangkan keterbatasan tempat dan jumlah jemaah untuk ruang solat di masjid-masjid, MUIS telah mengenakan syarat setiap jemaah perlu mendaftar (online) terlebih dahulu sebelum dibenarkan hadir ke dalam masjid.
Dalam perkembangan lain, umat Islam di United Kingdom (UK) turut juga melaksanakan solat sunat Aidilfitri dengan dua sesi dipetik dari portal IANL (//ianl.org.uk/2021/05/10/eid-ul-fitr-2021/). - KitaReporters.
Sumber:
https://www.facebook.com/MUIS.SG/posts/10158811427346329?form=MY01SV&OCID=MY01SV
https://www.muis.gov.sg/
https://ianl.org.uk/2021/05/10/eid-ul-fitr-2021/