Alam Canggih 30 Dec, 2021

Kemungkinan berlaku banjir! Barisan hadapan di Besut diarah siap sedia! TNB pula sumbang RM50k!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this


SERAMAI 510 anggota barisan hadapan di daerah Besut diarah bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir di daerah itu dalam tempoh 48 jam bermula Khamis 30 Disember 2021.

Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin berkata, barisan hadapan terbabit termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rela, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), serta Jabatan Kerja Raya (JKR).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan daerah Besut

TENGKU FAROK HUSSIN


Selain itu, kata Tengku Farok, team pancuan empat roda juga turut membantu pasukan keselamatan bagi kerja-kerja menyelamat dan memindah mangsa ketika bencana banjir berlaku.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu atau JPBNT berkata, pihaknya membuat persiapan awal bagi menghadapi bencara banjir kerana negeri itu sentiasa berhadapan dengan bencana tersebut.



Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, Kampung Belaoh, Kampung La, Kampung Nangka, Kampung Gong Gucil dan beberapa kampung di pinggir Sungai Besut berisiko menghadapi banjir dalam tempoh tersebut.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangkakan daerah Besut turut terkesan dengan  hujan lebat dan angin kencang sehingga Sabtu 1 Januari 2022 dan berkemungkinan berlakunya banjir


ABDUL ROZAK MUHAMMAD


Sementara itu, Tengku Farok memberitahu, Terengganu yang berhadapan dengan bencana banjir pada setiap akhir dan awal tahun sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir terutama memperkemaskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana semua peringkat.

Pelbagai persiapan termasuk menyediakan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), logistik, penghantaran bekalan makanan ke pulau-pulau, penempatan pasukan keselamatan secara berpusat dan hebahan kepada penduduk yang tinggal di pinggir sungai.

Sehubungan itu, syarikat utiliti terbesar negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang prihatin dengan kejadian banjir di negeri tersebut turut memikul tanggungjawab sosial (SR) dengan menyerahkan sumbangan kewangan kepada Jawatankuasa bencana negeri


banjir

Tengku Farok (kiri) menerima sumbangan kewangan dari pengurusan TNB untuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. - Kredit gambar: Korporat SUK Terengganu


Terbaharu, TNB menyumbangkan RM50,000 kepada Kerajaan Negeri Terengganu bagi membantu pengurusan banjir negeri, Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dan membekalkan makanan ke pusat pemindahan banjir.

Sumbangan tersebut disampaikan Pengurus Besar Negeri (Kelantan & Terengganu) Bahagian Strategi Dan Kawal Selia TNB, Mustaphakamal Yaacob kepada Tengku Farok.

Menerusi sumbangan berkenaan ia dapat membantu meringankan tanggungjawab jawatankuasa berkenaan dalam membantu mangsa banjir di negeri tersebut. - KitaReporters


Tengku Farok (kiri) dan Musthapakamal Yaacob  mengadakan perbincangan di Wisma Darul Iman,Kuala Terengganu

9
13
3
11
1
You will be interested